Kalau orang meniaga kena tahu kos-kos yang terlibat dalam menjalankan perniagaan, sebagai seorang pelabur atau pedagang anda wajib tahu 4 jenis kos transaksi ataupun caj yang terlibat setiap kali anda beli dan jual saham.
Kos Yang Terlibat Dalam Jual Beli Saham
Sebagai tambahan kepada kos saham yang dibeli atau dijual, pelanggan perlu membayar caj berikut:
- Brokerage fee
- Clearing fee
- Stamp duty
- Service Tax
Brokerage Fee
Brokerage fee merujuk kepada bayaran komisyen kepada syarikat broker. Kos ini berbeza bergantung kepada broker itu sendiri. Ada yang caj murah dan ada yang caj mahal.
Sebagai contoh ini perbezaan brokerage fee untuk 4 broker utama iaitu Maybank Investment, CGS -CIMB, Jupiter Securities dan MPlus.

Ada juga broker yang menetapkan kadar brokerage fee yang berbeza mengikut jenis akaun trading dan jenis transaksi sama ada intraday (beli dan jual saham dalam hari yang sama) atau overnight (beli dan jual semula saham hpada hari kemudian).
Sebagai contoh untuk yang buka akaun trading bersama MPlus, caj brokerage seperti berikut:
Cash Trading Account
(M+ Silver) |
Collateralized Trading Account
(M+ Gold) |
Contra Trading Account
(M+ T+7) |
< 50,000 | 0.08% | < 50,000 | 0.30% | < 50,000 | 0.30% |
>50,000 | 0.05% | >50,000 | 0.20% | >50,000 | 0.25% |
Minimum | RM8 | Minimum | RM10 | Minimum | RM10 |
Intra Day | 0.05% | Intra Day | 0.10% | Intra Day | 0.10% |
Clearing Fee
Kadar clearing fee yang dikenakan oleh Bursa kepada semua broker adalah sama iaitu 0.03%, maksima RM 1,000 untuk setiap kontrak
Stamp Duty
Kadar stamp duty juga adalah sama untuk semua broker iaitu caj sebanyak RM 1 bagi setiap transaksi saham untuk setiap RM 1000 yang dijual beli. Had maksima stamp duty adalah RM 200.
Rujuk jadual untuk kadar caj mengikut transaksi per RM 1000.
Caj Stamp Duty | Modal Beli / Jual Saham |
RM 1 | RM 1 – RM 1000 |
RM 2 | RM 1001 – RM 2000 |
RM 3 | RM 2001 – RM 3000 |
RM 4 | RM 3001 – RM 4000 |
RM 5 | RM 4001 – RM 5000 |
RM 6 | RM 5001 – RM 6000 |
RM 7 | RM 6001 – RM 7000 |
RM 8 | RM 7001 – RM 8000 |
RM 9 | RM 8001 – RM 9000 |
RM 10 | RM 9001 – RM 10000 |
.. dan seterusnya sehingga RM 200 maksima |
Service Tax
Cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan bagi setiap transaksi keatas brokerage fee iaitu sebanyak 6%. Sebagai contoh, jika brokerage fee RM 8, maka service tax adalah RM 0.48
Contoh Pengiraan Kos Beli Dan Jual Saham Untuk Broker MPlus
Gambar dibawah menunjukkan contract note untuk pembelian saham menggunakan cash trading account daripada broker MPlus.
Pada 6 Oktober 2021 client beli 10400 unit saham Bintai pada harga RM 0.48 seunit. Kos kasar pembelian saham adalah sebanyak RM 4992. Selain daripada kos beli saham, ada kos-kos lain lagi yang terlibat iaitu:
Brokerage fee = RM 8.00
Service tax = RM 0.48
Stamp duty = RM 5.00
Clearing Fee = RM 1.50

Apabila jual semula saham, kos yang sama juga dikenakan. Gambar dibawah menunjukkan contract note pada 7 Oktober 2021 untuk penjualan semula 10400 unit saham Bintai pada harga RM 0.45 seunit. Dalam kes ini, client menjual saham pada harga rendah kerana telah hit cut loss level yang ditetapkan iaitu pada harga 45 sen.

Hasil kasar penjualan saham adalah sebanyak RM 4680. Ia belum ditolak dengan kos-kos lain yang terlibat iaitu:
Brokerage fee = RM 8.00
Service tax = RM 0.48
Stamp duty = RM 5.00
Clearing Fee = RM 1.41
Perubahan Caj Clearing Fee Bermula Tahun 2022
Pada 29 Oktober 2021 yagn lepas dalam pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan memberitahu bahawa cukai perkhidmatan (service tax) akan dimansuhkan.
Pada masa yang sama stamp duty dinaikkan daripada 0.1 peratus kepada 0.15 peratus iaitu bersamaan dengan RM 1.50 bagi setiap RM 1000 dan amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak ini adalah dihadkan sehingga RM 1000.
Untuk contoh pengiraan boleh rujuk ilustrasi dibawah untuk anggaran pengiraan kos yang lama dan baru.

Untuk had duty stamp maksima RM 1000 lebih kepada pelabur institusi atau mana-mana jerung besar yang beli saham dengan modal RM667,000 keatas.
Stamp duty yang perlu dibayar jika beli saham dengan modal 667k adalah RM1000.50 (tanpa had limit). Dengan had limit, mereka hanya perlu bayar RM 1000.
RM667,000 x 0.15% = RM1000.50
≈ RM 1000