Jika nak beli rumah, ada beberapa pilihan jenis rumah yang ada seperti rumah undercons iaitu rumah yang masih lagi dalam pembinaan. Rumah subsale iaitu rumah yang dah siap dan dah dimiliki oleh orang lain sebelum ini dan akhir sekali rumah lelong. Pernah tak anda terfikir apa kelebihan beli rumah lelong berbanding rumah yang lain?
Ketika tahun awal 2000, sambutan terhadap rumah lelong masih lagi rendah kerana tak ramai yang diberi pendedahan mengenainya. Tambahan pula banyak persepsi buruk mengenai pembelian rumah lelong seperti rumah buruk, rosak, busuk dan ditinggalkan serta terdapat banyak bil tertunggak yang ditinggalkan daripada pemilik lama.
Setiap jenis rumah pasti akan ada risiko yang tersendiri. Disebabkan itu sangat penting untuk kita ambil tahu mengenai hartanah sebelum mula membeli dan terikat dengan hutang selama 20-30 tahun.
Kelebihan Beli Rumah Lelong Berbanding Undercon dan Subsale
-
Tiada Sekatan Had Gaji Untuk Rumah Lelong Jenis Kos Rendah
Sekatan kepentingan merujuk kepada batasan atau sekatan ke atas hak-hak tuan tanah yang bertujuan untuk mengawal kepentingan tanah tersebut. Antara contoh-contoh sekatan seperti tanah tidak boleh dipindah milik atau dipajak kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
Harga rumah boleh jadi sama ada ia dalam kategori rumah kos rendah (low cost housing), rumah kos sederhana (medium cost housing) dan rumah kos tinggi (high cost housing). Kebiasaannya untuk kediaman lelong jenis low cost apartment,tiada sekatan had gaji.
-
Banyak Pilihan Rumah
Rumah Lelong wujud kerana pemilik rumah yang terdahulu gagal untuk menjelaskan bayaran pinjaman kepada pihak Bank seperti yang tertakluk dalam perjanjian asal pinjaman kewangan atau “loan agreement” bagi membiayai pembelian rumah tersebut.
Ramai di antara kita yang beranggapan rumah lelong ini hanyalah terdiri daripada rumah kos rendah, apartment dan rumah teres sahaja.
Sebenarnya, rumah lelong ini boleh didapati dalam pelbagai jenis rumah, tidak semestinya rumah-rumah teres biasa sahaja malah terdapat juga rumah jenis banglo dan villa mewah yang terpaksa dilelong kerana pemilik asal gagal membayar ansuran bulanan kepada bank.
Contoh rumah lelong yang pernah menang bid sebelum ni. Rumah fully furnished dan dalam keadaan cantik -
Boleh Dapat Harga Murah (Jika Pandai Cari)
Selalunya harga rumah lelong lebih rendah dari pasaran subsale. Sebab tu penting untuk anda lihat berapa harga rezab (reserve price) rumah tersebut. Murah tak atau harganya lebih kurang saja dengan harga market. Kalau bezanya hanya sikit je lebih baik untuk pilih rumah jenis subsale.
Mana nak dapatkan senarai rumah lelong? Baca: Senarai Rumah Lelong – Mana Nak Dapatkan List?
-
Pulangan Sewa Yang Lebih Tinggi Berbanding Rumah Subsale
Jika orang lain beli rumah jenis subsale pada harga 200k, ansuran bulanan mereka dengan bank dalam 1k. Tapi kalau anda berjaya beli rumah lelong pada harga 160k, bayaran bulanan anda pada bank dalam 800 sebulan.
Dalam kes ni kalau anda pandai adjust harga sewa boleh increase rental income. Apabila bayaran ansuran bank lebih rendah, potensi rental income lebih tinggi
-
Boleh Dapat Unit Yang Masih Dara dan Fully Furnished Jika Bernasib Baik – Ini Memang Jackpot
Bukan semua rumah lelong merupakan rumah busuk dan terbiar. Ada je unit yang masih baru malah kunci pun belum ambil dari developer lagi. Ada juga rumah yang dah renovated dan fully furnished.
Kalau korang dapat rumah macam ni, memang rezeki korang. Masuk rumah cuci kaki je. Tak perlu buat sebarang major improvement pada rumah lelong tersebut. Memang berbaloi habis!
Bagi yang berminat untuk cuba membeli rumah lelong, anda boleh dapatkan panduan Mudahnya Beli Rumah Lelong. Sebuah e-book yang ditulis oleh Shafie Bustan iaitu antara otai dalam industri rumah lelong sejak awal tahun 2000. Beliau berkongsi pengalamannya sendiri suka duka dalam membeli rumah lelong.
Pada harga RM 89, anda akan dapat 3 e-book bertajuk Mudahnya Beli Rumah Lelong, Online E-bidding Rumah Lelong dan Real Case Study (Final Chapter). Konten dalam ketiga-tiga e-book ini cukup untuk memberi anda maklumat mengenai kelebihan beli rumah lelong serta risiko yang WAJIB anda tahu sebelum mula beli sebarang rumah lelong.
Tambahan juga untuk yang nak cari kereta second hand below market value melalui lelongan awam, kami akan berikan sekali panduan itu kepada anda.
Dapatkan Kombo istimewa 3-ebook disini.
Selain itu, baca juga Cara Beli Rumah Lelong Untuk Beginners yang dikongsikan oleh seorang ejen hartanah di Malaysia.