Terdapat pelbagai jenis instrumen pelaburan dalam pasaran. Mengikut prinsip dalam pelaburan, kebiasaannya semakin tinggi risiko semakin tinggi pulangan pelaburan. Pasaran hadapan (futures) dalam kategori berisiko tinggi. Anda pernah dengar orang melabur dalam FCPO tapi tahukah anda apa itu FCPO?
Apa Itu Kontrak Pasaran Hadapan (Futures Market)?
Ia merujuk kepada perjanjian untuk membeli komoditi pada harga hadapan (future price) dan pada harga yang dipersetujui. Kontrak pasaran hadapan ada dua jenis
- Komoditi
- Ekuiti
Contoh kontrak pasaran hadapan untuk komoditi seperti Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (Futures Crude Palm Oil FCPO), Niaga Hadapan Emas (FGLD) dan Niaga Hadapan Timah (FTIN).
Antara contoh kontrak pasaran hadapan untuk ekuiti pula seperti Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI), Niaga Hadapan (SSFs) Saham Tunggal dan Niaga Hadapan Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 (FM70).
Apa Itu FCPO?
Secara amnya, mereka yang terlibat dalam pasaran hadapan minyak mentah kelapa sawit adalah penjual dan pembeli yg tulen. Kontrak FCPO wujud sebagai lindung nilai (hedging) terhadap risiko turun-naik harga minyak sawit mentah.
Contohnya pengeluar minyak masak berasaskan sawit, Jenama Saji nak lock minyak sawit mentah untuk mengelakkan daripada kenaikan harga minyak yang tak dijangka. Jadi mereka akan beli kontrak hadapan (buy future contract) pada harga, jumlah volume dan pada tarikh yang dipersetujui.
Pengedar minyak mentah sawit pula akan menjual kontrak hadapan (sell future contract) pada harga tertentu untuk melindungi simpanan bekalan minyak mereka daripada kejatuhan yang tak dijangka. Sebagai contoh, kedua-dua belah pihak setuju dengan syarat dan terma untuk membeli 10 ribu minyak sawit, penghantaran dalam tempoh 90 hari pada harga RM 4500 satu tan.
Kedua-dua pembeli dan penjual merupakan syarikat legit yang menjalankan perniagaan dan mereka menggunakan kaedah hedging dengan berdagang dalam future contract kerana ia merupakan keperluan dalam perniagaan mereka. Mereka menggunakan pasaran hadapan untuk mengawal risiko perubahan harga minyak sawit mentah.
Akan tetapi ada juga orang yang masuk ke pasaran hadapan bukan untuk mendapatkan komoditi tersebut tetapi lebih kepada speculators dimana mereka buat duit melalui perubahan harga. Mereka ini adalah traders FCPO yang masuk dalam pasaran untuk dapatkan keuntungan.
Macam Mana Retail Trader Nak Trade FCPO?
Jika trader nak beli dan jual saham kena ada akaun CDS dan akaun trading, untuk trade FCPO pelabur ada akaun trading futures terlebih dahulu.
- Buka akaun futures trading melalui futures broker yang bertauliah (Sediakan dokumen berkaitan seperti salinan IC dan penyata bank)
- Deposit modal yang mencukupi ke dalam akaun broker
- Perlu ada ilmu Technical Analysis. Bila dah ada keberanian nak tekan button buy, boleh mula beli

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)
FCPO ialah Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah dalam denominasi Ringgit Malaysia (“MYR”) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives. Ia menjadi penanda aras harga global kepada para peserta pasaran untuk Pasaran Minyak Sawit Mentah sejak Oktober 1980.
Selama lebih 40 tahun, FCPO digunakan secara aktif oleh penggiat industri minyak makan dan lemak sebagai penyelesaian pengurusan risiko, serta oleh pengurus dana dan institusi kewangan untuk menguruskan turun naik harga di pasaran. Kontrak FCPO patuh Shariah.
Perubahan Waktu Dagangan FCPO
Jika sebelum ni waktu dagangan FCPO di Bursa Dervatif hanya waktu siang, pada bulan Julai 2021 Bursa Malaysia Derivatives Bhd melaporkan bahawa mereka akan melanjutkan tempoh masa dagangan pasaran FCPO hingga malam bagi menarik lebih ramai peserta pasaran dari seluruh dunia.
Dengan pembaharuan ini, ia dijangka dapat menarik lebih ramai trader dari luar negara sekaligus menambahkan volume pasaran. Pada 6 Disemeber 2021 secara rasminya sesi dagangan belah malam bermula pada jam 9 malam hingga 11.30 malam dari hari Isnin hingga Khamis.
Bagi yang berminat untuk cuba trade FCPO, saya nasihatkan anda untuk kukuhkan ilmu technical analysis terlebih dahulu, sediakan modal yang mencukupi kerana modal minima untuk trade FCPO lebih besar daripada modal minima nak beli saham. Juga anda kena ada jantung yang kuat. Sebab FCPO ni pada saya dia kuat ‘melibas’ kerana terlalu volatile.
Antara nasihat lain daripada otai FCPO sendiri adalah untuk trade intraday sahaja, elakkan overnight melainkan holding power anda betul-betul besar. Kalau anda tengok chart, gap up dan gap down ni memang perkara biasa. Bagus dia anda boleh untung besar dengan cepat dan rugi besar pun sekejap je. Hehehe..
Bagi yang nak mula belajar tentang FCPO boleh dapatkan e-book Berani Trade FCPO