Air Asia tawarkan RCUIDS kepada pemegang saham sedia ada. Apa itu right issue dan RCUIDS? Jom baca sampai habis artikel ni.
Kita semua tahu industri pelancongan dan penerbangan terjejas teruk akibat Covid-19. Air Asia tak terkecuali. Memandangkan pendapatan syarikat terjejas Air Asia merancang untuk mengumpul dana sebanyak RM 1.02 bilion melalui right issue (terbitan hak) yang dikenali sebagai redeemable convertible unsecured Islamic debt securities (RCUIDS).
Sebelum saya terangkan lebih lanjut, jom kita recap dulu apa yang dimaksudkan dengan right issue (terbitan hak).
Apa itu Right Issue?
Right issue adalah tawaran kepada pemegang saham sedia ada syarikat untuk membeli saham tambahan yang baru. Pengusaha syarikat lazimnya mengeluarkan right issue kerana mereka memerlukan modal tambahan.
Terdapat dua jenis right issue iaitu renouncable dan non-renouncable. Mengikut perbezaan yang diberikan oleh Financial Markets Authority, perbezaan adalah seperti berikut:
Renounceable means that, instead of utilising your rights, you can sell them to someone else, who will then be able to purchase your share entitlement. Rights are sometimes listed on the NZX and can be sold like ordinary shares. Non-renounceable means that the right is not transferable, and therefore cannot be sold.
Berbeza dengan bonus issue, right issue memerlukan pemegang saham sedia ada syarikat untuk membeli saham baru pada harga lebih murah daripada kadar pasaran semasa.Tawaran right issue ini biasanya dalam jangka masa terhad.
Untuk membuatkan tawaran right issue lebih menarik, syarikat juga boleh menawarkan kepada pembeli unit waran secara percuma.Setiap right issue yang ditawarkan oleh syarikat adalah berbeza. Sebagai contoh pada 13 October 2020 JAKS Berhad juga pernah menawarkan right issue beserta waran secara percuma.
Untuk setiap 5 unit saham ordinary shares, pemegang saham akan dapat 8 unit tambahan saham baru beserta 4 unit waran secara percuma jika mereka setuju untuk membayar issue price sebanyak RM 0.22 bagi seunit rights share. (Lihat gambar untuk penerangan announcement)
Untuk right issue yang ditawarkan oleh Air Asia pada 18 November 2021 pula, untuk setiap 6 unit saham, pemegang saham akan dapat 2 unit RCUIDS dan 1 unit waran secara percuma jika mereka setuju untuk membayar issue price pada nominal value sebanyak RM 0.75 seunit. (Lihat gambar untuk penerangan announcement)
Right issue bagus atau tidak?
Apabila syarikat perlukan modal tambahan dengan cara menawarkan right issue, para pelabur perlu tahu modal tambahan itu nanti akan digunakan untuk tujuan apa. Boleh jadi ia diperlukan untuk menampung working capital (modal kerja), untuk syarikat mengembangkan perniagaan, atau syarikat perlu membayar hutang tertunggak. Dari tujuan penerbitan itu kita dapat mengagak sama ada ia bagus atau tidak.
Jom kita lihat apa yang Air Asia akan lakukan dengan wang sebanyak RM 1.02 bilion yang bakal diperolehi melalui terbitan RCUIDS:

Seperti yang tertera dalam jadual diatas,
- RM 226.74 juta akan digunakan untuk menampung kos futures hedging bahan bakar,
- RM 153.61 juta akan dibelanjakan untuk kos penyelenggaraan pesawat
- RM 122.89 juta akan dibelanjakan untuk mengembangkan perniagaan digital mereka seperti AirAsia Super App, BigPay dan Teleport.
- RM 509 juta akan digunakan untuk menampung perbelanjaan working capital (modal kerja) yang merangkumi perbelanjaan kaki tangan, perbelanjaan untuk membeli bahan bakar pesawat dan perbelanjaan berkaitan dengan IT (teknologi maklumat)
- Akhir sekali baki sebanyak 12.33 juta akan digunakan untuk menampung kos aktiviti korporat RCUIDS
Apa Maksud RCUIDS?
RCUIDS dikategorikan sebagai quasi capital yang mana ia merupakan hybrid kepada debt securities dan equity securities. Jika anda biasa dengar dengan terma RCULS (Redeemable Convertible Unsecured Loan Stocks) ia hampir sama dengan RCUIDS. Bezanya adalah RCULS merupakan produk konvesional manakala RCUIDS merupakan produk Islamic.
Melalui RCUIDS, jumlah wang yang diperolehi hanya boleh disimpan dalam simpanan yang patuh syariah dan wang itu juga hanya boleh dibelanjakan untuk tujuan yang patuh syariah sahaja.
Dalam Bahasa Melayu RCUIDS bermaksud Sekuriti Hutang Islamik yang boleh ditebus, boleh tukar dan tidak bercagar. RCUIDS sangat jarang didengari kerana ia merupakan satu corporate exercise yang jarang dibuat dalam pasaran. Untuk memahami lebih lanjut mengenai RCUIDS ini kita pecahkan kepada beberapa bahagian.
Redeemable (Boleh tebus) bermaksud Air Asia selaku penerbit bon boleh menebus semula bon daripada pemegang bon pada tempoh masa tertentu dan penerbit bon akan mengembalikan modal dan faedah kepada pemegang bon.
Convertible (Boleh tukar) bermaksud sebelum tarikh luput yang ditetapkan, pemegang bon berhak menukar pegangan bon mereka kepada pegangan saham biasa Air Asia pada harga yang telah dipersetujui.
Unsecured (Tidak bercagar) bermaksud penerbit bon tidak meletakkan sebarang cagaran atau jaminan ketika menerbitkan bon tersebut. Sebagai contoh, jika syarikat pemaju menggunakan inventori tanahnya sebagai cagaran bon seperti ini dipanggil ‘bon bercagar’.
Diharapkan melalui perkongsian ini, sekarang anda dah tahu apa itu RCUIDS. Jika anda salah seorang pemegang saham yang mendapat tawaran ini, anda mempunyai pilihan sama ada untuk subscribe ataupun tidak. Cuba dapatkan pandangan remisier anda sebelum membuat sebarang keputusan.
Jika berminat untuk membuka akaun CDS ataupun belajar lebih lanjut mengenai trading saham, hubungi admin di Telegram.