Bagi yang dah biasa dengan saham, mesti pernah dengar tentang waran. Tapi tahukah anda waran ada dua jenis iaitu waran syarikat (company warrant) dan waran berstruktur (structured warrant). Pernah tak anda terfikir apa itu structured warrants?
Artikel ini akan terangkan lebih lanjut mengenai waran yang ke-dua iaitu structured warrant. Saya mula perasan masa indeks FBMKLCI tengah terjun tiruk, market sedang bearish dan harga saham yang lain banyak yang jatuh tapi structured warrants banyak yang naik pada masa tu.
Contohnya pada 13 Jun 2022 yang lepas. FBMKLCI pada hari tersebut jatuh 29.12 mata, 1084 kaunter rugi dan 138 kaunter untung setelah pasaran ditutup. Jika dilihat pada senarai Top Gainers untuk hari tu, majoriti kaunter yang naik adalah structured warrants.

Apa itu Structured Warrants?
Jika anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan structured warrants, ia merupakan hak untuk membeli. Pembeli waran hanya beli hak, belum beli saham lagi. Ia dikeluarkan oleh third party dan bukan dari syarikat itu sendiri.
Di website Bursa Malaysia, structured warrants atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai waran berstruktur.
Waran berstruktur adalah instrumen yang diterbitkan oleh penerbit pihak ketiga (iaitu, broker atau institusi kewangan yang sah) yang memberi pemegang hak tetapi bukan obligasi untuk membeli atau menjual instrumen pendasar pada masa hadapan dengan harga yang tetap, dengan syarat bahawa syarat-syarat
tertentu dipenuhi.Waran berstruktur boleh dikeluarkan ke atas aset pendasar seperti saham, Dana Didagangkan Bursa (ETF), indeks atau sejumlah saham.
2 Jenis Structured Warrants
-
Waran Panggilan (Call warrants)
-
Waran Put (Put warrants)
Waran panggilan memberikan pemegang hak untuk membeli saham asas pada harga ditetapkan dalam tempoh terhad. Nilai waran panggilan meningkat apabila harga aset pendasar meningkat
Manakala waran put pula memberikan pemegang hak untuk menjual saham asas pada harga ditetapkan dalam tempoh terhad. Nilai put waran meningkat apabila nilai aset pendasar menurun.
Waran put ialah alat yang sangat berguna jika anda fikir saham tertentu akan jatuh dan anda ingin melindung nilai (hedging) atau mendapat keuntungan daripada pergerakan itu.
Kenapa Melabur Dalam Structured Warrants?
Structured warrants adalah antara alternatif pelaburan selain saham. Antara sebab pelabur atau pedagang memilih structured warrants kerana:
- Mereka mempunyai modal yang kecil untuk membeli saham.
- Mereka mahu mempelbagaikan pelaburan (diversification)
- Memilih untuk leverage dalam pasaran. Mereka tidak mahu melabur modal dalam saham tetapi pada masa yang sama ingin kekal dalam pasaran.
- Kos transaksi dan komisyen adalah lebih rendah berbanding dengan pembelian dan penjualan saham.
Apa Beza Antara Structured Warrants & Company Warrants?
Structured Warrants |
Perbezaan |
Company Warrants |
Institusi kewangan atau pihak ketiga |
Diterbitkan Oleh |
Syarikat itu sendiri |
Waran berstruktur boleh dikeluarkan ke atas aset pendasar seperti saham, Dana Didagangkan Bursa (ETF), indeks atau sejumlah saham. |
Aset Pendasar |
Saham syarikat |
Tidak menyebabkan kecairan kepada saham pendasar |
Perlaksanaan |
Menerbitkan saham tambahan untuk memenuhi tanggungjawa, ini menyebabkan kecairan saham |
6 bulan hingga 5 tahun |
Tempoh Matang |
Sehingga 10 tahun |
“Call waran” – XYZ-Cx
“Put waran” – XYZ-Hx |
Simbol di Platform |
XYZ Berhad – WA
XYZ Berhad – WB XYZ Berhad – WC |
Tak patuh syariah |
Status Syariah |
Jika saham induk patuh syariah, biasanya waran juga patuh syariah |
Siapa Penerbit Structured Warrants?
Structured warrants diterbitkan oleh institusi kewangan atau pihak ketiga seperti:
- Ambank Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Kenanga Investment Bank Berhad
- Maybank Investment Bank Berhad
- Macquire Capital Securities (Malaysia) Sdn Bhd
- RHB Investment Bank Berhad
Risiko Melabur dalam Structured Warrants
Setiap pelaburan pasti akan ada risiko tersendiri. Jika anda melabur dalam structured warrants, anda akan terdedah dengan risiko seperti:
- Aset pendasar mungkin gagal untuk berfungsi seperti yang anda harapkan dan dengan itu, menjejaskan nilai pasaran waran.
- Apabila anda berdagang waran, jumlah maksimum kerugian adalah modal pelaburan penuh anda (bersama kos transaksi) dalam waran.
- Nilai pasaran waran terdedah kepada kuasa pasaran semasa yang lain, termasuk permintaan dan pembekalan waran.
- Waran mempunyai jangka hayat yang tetap dan mereka boleh menjadi tidak bernilai apabila tamat tempoh.
- Kemerosotan masa, iaitu nilai masa berkurangan dengan berlalunya tempoh waran. Kadar kemerosotan meningkat apabila tarikh luput semakin dekat
Macam Mana Nak Mula Melabur Dalam Structured Warrants?
-
Ilmu
Sebelum mula melabur atau berdagang, perkara utama yang anda perlu buat adalah mencari ilmu tentang structured warrants. Jangan sesekali melabur dalam sesuatu yang anda tak faham.
-
Akaun CDS
Untuk mula beli waran, anda perlu ada akaun CDS yang berdaftar dengan syarikat broker saham. Untuk buka akaun CDS secara online, daftar disini.
-
Kaji & Pilih Structured Warrants
Untuk memilih structured warrant yang sesuai, anda boleh gunakan tools kajian yang telah disediakan oleh Macquire
-
Mula Beli & Jual Structured Warrants
Di trading platform broker anda, anda boleh lihat semua waran berstruktur yang disenaraikan di Bursa Malaysia sama seperti saham.
Setelah anda menggunakan tools yang disediakan oleh Macquarie di website mereka untuk memilih waran berstruktur yang sesuai untuk anda, anda boleh membeli atau menjual dengan cara yang sama seperti anda membeli atau menjual saham.
Dapatkan E-book Berani Labur @ Lebur
