Selain daripada kehangatan demam bola sepak Euro 2020 yang berlangsung dari 11 Jun 2021 sehingga 11 Julai 2021 , pada Isnin 14 June 2021 yang lepas viral seketika kes berkaitan kerugian yang dialami oleh syarikat pengeluar minuman berkarbonat terbesar didunia, Coca- Cola.
Dikhabarkan ia berlaku akibat tindakan Ronaldo mengalihkan dua botol minuman jenama Coca-Cola ketika press conference berlangsung sebelum perlawanan antara Portugal dan Hungary.
Saksikan sedutan video ringkas ini:
Selepas insiden ini berlaku tular berita yang mengatakan Coca-Cola mengalami kerugian berbilion dolar akibat tindakan beliau. Bagi orang awam yang tidak mengetahui tentang saham, mereka akan secara membuta tuli mempercayai berita-berita yang terpapar di portal online utama.
Betul Ke Coca-Cola Rugi Akibat Tindakan Christiano Ronaldo?
Persoalan sekarang, betul ke Christiano Ronaldo sangat berpengaruh sehingga boleh menyebabkan Coca-Cola mengalami kerugian sebanyak itu? Malah di Facebook Page DDNK turut mengeluarkan status yang hampir sama.

Saya terjumpa satu video penerangan yang saya kira dapat merungkai persoalan mengenai isu ini. Dan pada saya ia merupakan satu penerangan yang telus untuk membuktikan bahawa Christiano Ronaldo bukan punca Coca-Cola mengalami kerugian.
Video ini turut mengupas punca sebenar disebalik penurunan market capitalization Coca-Cola dan merungkai isu fundamental syarikat untuk melihat sama ada ia benar-benar rugi ataupun tidak.
Mengikut pandangan Aziim, seorang remisier di Kenanga Securities atau lebih dikenali sebagai Mr Rookie Saham, tidak ada seorang individu pun yang boleh menjatuhkan sebuah empayar bisnes dalam pasaran saham tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Setakat ini hanya kes yag sangat berat seperti contoh kes penyelewengan ataupun fraud yang dilakukan oleh Nick Leeson ketika bertugas di Barings Bank dimana beliau telah melabur melebihi kemampuan bagi pihak klien-nya sehingga menyebabkan beliau rugi besar dan terpaksa memalsukan dokumen bagi meminta dana lebih daripada Barings untuk endorse aktiviti margin.
Kes ini adalah antara kes terbesar dalam sejarah kewangan yang berlaku pada 1995 sehingga menyebabkan Barings Bank bankrupt. Contoh begini legit untuk menyebabkan sesebuah syarikat rugi.
Akan tetapi dalam kes Christiano Ronaldo, tindakan beliau dengan menolak ketepi botol minuman Coca-Cola kerana beliau memilih gaya hidup yang sihat bukan punca utama yang menyebabkan syarikat itu rugi.
Jadi apa sebenarnya yang berlaku?
Beza Antara Syarikat Mengalami Kerugian Dan Market Capitalisation Berkurangan
Syarikat dikatakan mengalami kerugian apabila permintaan produk / servis terjejas yang menyebabkan jualan juga berkurang quarter by quarter.
Apa yang berlaku pada Coca-Cola adalah kejatuhan market capitalization dan untuk syarikat berstatus mega seperti Coca-cola, kejatuhan berbilion dolar adalah perkara biasa akibat turun naik harga saham seunit.
Aziim berkata beliau lihat banyak pihak yang cuba untuk twist fakta sama ada mereka memang sengaja berbuat demikian untuk meraih clickbait ataupun mereka tak mempunyai pengetahuan tentang saham tetapi cuba buat ‘palatao’.
Latar Belakang Syarikat Coca-Cola
Coca-Cola merupakan sebuah syarikat pengeluar minuman dan beroperasi di lebih 200 buah negara. Syarikat ini juga tersenarai di pasaran Dow Jones Industrial Average.
Bagi seorang pelabur yang mengamalkan kajian Fundamental, mereka pasti sedar yang Syarikat Coca-Cola tidak mengalami kerugian tetapi sebaliknya apa yang berlaku ialah ia mengalami penurunan market capitalization. Jadi tajuk berita yang mengatakan Coca-Cola rugi $4 bilion akibat insiden ‘alih botol’ ia tidak tepat sama sekali .
Rugi berlaku apabila net profit syarikat adalah negatif selepas tolak semua kos yang terlibat. Contoh mudah jika keuntungan RM 5 tetapi semua jenis kos adalah RM 6 jadi sedang rugi -RM 1
Market cap merujuk kepada nilai pasaran sesebuah syarikat berdasarkan persepsi masyarakat. Nilai ini berubah-ubah setiap saat ketika market dibuka disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah sentimen negatif, persepsi masyarakat dan juga spekulasi.
Formula market cap:
No of outstanding share X Share price
Apa Punca Market Cap Coca-Cola Berkurang?
Sebenarnya apa yang berlaku adalah nilai market cap syarikat Coca-Cola sebenarnya berkurang kepada $4 bilion dolar. Bukannya ia mengalami kerugian $4 bilion dolar!
Apa yang menyebabkan nilai market cap tu berkurang? Pada 14 June yang lepas, syarikat Coca- Cola telah membayar dividen sebanyak 42 sen kepada pemegang saham mereka.

Kebiasaanya selepas pemebrian dividen, harga seunit saham akan adjusted. Bagaimana cara untuk kira dividen berdasarkan table dibawah?

Formula:
Shares outstanding X dividend
4,311,680,667 X 0.42 = $1.8 bil USD
Anda bayangkan, sejumlah $1.8 bil digunakan untuk membayar dividen kepada semua pemegang saham Coca-Cola yang layak. Logik ke untuk syarikat yang rugi bayar sampai $1.8 bil kepada shareholder?
Ini pula adalah chart harga untuk kaunter Coca-Cola dalam tempoh sebulan yang lepas. Ia mengalami kejatuhan sejak 9 June lagi dari $56 ke $53



Melalui bukti yang ditunjukkan ini, berhenti daripada mengatakan bahawa tindakan Christiano Ronaldo mengalih minuman di press conference adalah punca Coca-cola mengalami kerugian sebanyak $4 bil. Satu individu tidak akan menyebabkan sesebuah company runtuh melainkan berlaku fraud seperti kisah Nick Leeson dan anda boleh tonton movie Rogue Trader untuk mendapat idea bagaimana sebuah bank yang beroperasi beratus tahun akhirnya runtuh.
Penyata Kewangan Coca- Cola (Income Statement, Balance Sheet, Cash Flow Statement)
Sekarang mari kita kaji income statement syarikat yang menunjukkan hasil jualan mengikut suku tahun juga pendapatan bersih syarikat setelah ditolak semua kos.
Seperti yang anda dapat lihat pada 26 June 2020 melaporkan jualan syarikat sebanyak 7.15 bil, 25 Sep 2020 8.6 bil, 31 Dec 2020 8.6 bil dan pada 2 April 2021 sebanyak 9 bil.
Untuk net profit (refer kepada net income after taxes dalam jadual) pula pada 26 June 2020 sebanyak 1.7 bil , 25 Sep 2020 adalah 1.7 bil , 31 Dec 2020 sebanyak 1.4 bil dan 2 April 2021 sebanyak 2.2 bil.
Daripada penyata ini, jelas dan terang menunjukkan pendapatan Coca-Cola tak terjejas. Mereka mengalami keuntungan. Jadi celah mana yang kata syarikat ni rugi?


Sekarang mari kita lihat pula balance sheet syarikat untuk kenal pasti berapa banyak duit syarikat dalam bentuk cash yang Coca – Cola ada.

Anda juga boleh lihat dibahagian retained earnings yang mana sepanjang periagaan syarikat, mereka telah mengumpul keuntungan terkumpul sebanyak 67 bilion (as of 2 April 2021)

Akhir sekali, mari kita lihat pula cash flow statement syarikat.

Jadi dapat disimpulkan disini bahawa tajuk berita yang viral pada minggu lepas bahawa Coca -Cola mengalami kerugian adalah tidak tepat. Sebenarnya market capitalization mereka yang berkurang sebanyak $4 bil kerana harga saham seunit mengalami adjustion setelah syarikat membayar dividen kepada pemegang saham mereka.
Apabila media mula mensasikan perkara yang tidak tepat, saya khuatir ini akan menyebabkan orang awam mempunyai persepsi negatif dalam dunia pelaburan saham. Mereka yang terlibat dalam pasaran kripto pula mengambil kesempatan ini untuk mengaitkannya sama seperti dalam kes “tweet Elon Musk”.
Diharapkan penerangan ini dapat memberikan anda pengetahuan yang lebih jelas mengenai pelaburan saham.
Rujukan video: Rookie Saham Gakuen