Term macam pelik tapi sebenarnya mudah je
Saya pasti anda selalu dengar term seperti market bullish dan bearish. Tapi apa sebenarnya tu? Secara asasnya, term ini digunakan untuk menggambarkan keadaan semasa pasaran sama ada harga saham sedang menaik, turun atau fluctuate. Dalam term lain orang akan sebut perkataan bull market dan bear market.
Bull market merujuk kepada keadaan pasaran saham yang sedang mengalami kenaikan. Bear market pula merujuk kepada keadaan pasaran saham yang sedang mengalami penurunan.
Tapi kenapa gunakan analogi haiwan ini untuk menggambarkan market?
Kebiasaannya jika anda lihat beruang ingin menyerang, ia akan berdiri tegak dan menyerang musuhnya dari atas. Ini menggambarkan pergerakan dari atas kebawah jadi kita panggil ia bearish.
Berlainan pula dengan lembu. Apabila ia nak menyerang haiwan ini akan membuat aksi menanduk dari bawah ke atas. Ini menggambarkan pergerakan dari bawah keatas jadi kita panggil ia bullish.
Tahukah anda ada lagi satu haiwan yang disifatkan dengan pasaran iaitu Kangaru. Kenapa kangaru?
Pada tahun lepas (2020) pasaran kewangan sangat-sangat volatile, ia boleh naik dan turun sekelip mata macam yo-yo. Disebabkan kanggaru sifatnya melompat-lompat ketika bergerak, jadi pasaran yang naik turun ni dipanggil Kanggaroo Market.
Ciri-Ciri Bull Market Dan Bear Market
Ketika pasaran sendang bullish, kebiasannya anda akan dapat lihat Indeks akan sentiasa meningkat, ramai pelabur dan pedagang yang bercerita mengenai saham. Harga emas dan pasaran bon pula selalunya akan melemah manakala volume pula akan meningkat.
Sebaliknya ketika pasaran sedang bearish kita dapat lihat sentimen semasa pasaran semakin melemah. Ramai hilang pekerjaan, Bursa saham sudah tidak serancak seperti dahulu dan dapat dilihat apabila volume pasaran semakin berkurang. Para pelabur mula mengeluarkan modal mereka daripada pasaran saham dan mencari peluang pelaburan lain yang kalis ekonomi seperti emas dan melabur dalam pasaran yang memberi guaranteed returns.

Kalau nak tahu mengenai sejarah bullish dan bearish, boleh tengok penerangan dalam video ni:
Apa Strategi Yang Boleh Digunakan Mengikut Situasi Pasaran?
Ketika pasaran sendang bullish, ini merupakan peluang untuk pelabur atau trader mengambil kesempatan atas kenaikan harga saham dan cuba untuk masuk dalam pasaran ketika harga saham tersebut berada di awal permulaan trend. dan mula menjual apabila harga sudah mula exhausted dan trend sudah mula berubah.
Penting untuk anda kenal pasti sektor apa yang sedang mengalami kenaikan pada ketika itu.
Untuk pasaran saham di Bursa Malaysia, memandangkan pasaran kita hanya satu hala jadi peluang untuk membuat keuntungan melalui capital appreciation dalam saham apabila kita membeli saham pada harga rendah dan menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi.
Ketika pasaran saham sendang bearish, para pelabur dan trader perlu berhati-hati kerana pelabur runcit tak boleh untuk short the market.
Jadi ketika tekanan jualan semakin tinggi yang menyebabkan harga saham semakin turun dan turun, apa yang boleh dilakukan oleh kebanyakan peserta pasaran dalam kategori bilis ini untuk duduk tepi dulu. Tak perlu turut serta dalam market. Sebaiknya mula mengkaji beberapa kaunter dan buatkan watchlist.
Anda boleh mula senaraikan kaunter-kaunter dalam kategori defensive stock yang mana ia mempunyai kesan yang paling minima ketika pasaran bearish. Defensive stock ini lebih stabil dan kalis gawat.
Antara syarikat yang oleh diperhatikan adalah mereka yang menjalankan perniagaan dalam industri ataupun sektor berikut:
- Barangan konsumer
- Pasaraya
- Makanan dan minuman
- Utiliti & Tenaga
Dalam apa jenis situasi pasaran sekalipun, setiap keputusan dalam pelaburan perlu disertai dengan kajian terlebih dahulu. Jadi pastikan anda sudah mempunyai maklumat yang mencukupi sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli saham tak kira sama ada pasaran ketika itu sedang bullish, bearish atau melompat-lompat macam kangaru.