Tawaran IPO telah lama wujud di Bursa Malaysia. Untuk pengetahuan anda, ada 3 cara beli IPO. Pada awalnya, proses permohonan agak outdated dimana anda pelu mengisi borang pemohonan melalui white application form. Paper form ini boleh didapati daripada issuing house, syarikat broker saham dan institusi kewangan. Antara cara lain yang juga adalah melalui Electronic Share Appplication di mesin ATM.
Bermula tahun 2005, Maybank merupakan bank pertama yang menawarkan permohonan IPO melalui internet share application menggunakan online banking. Dengan adanya kemudahan ini, proses permohonan IPO menjadi lebih mudah dan pantas. Pada masa yang sama juga persaingan semakin tinggi memandangkan sudah ramai yang tahu mengenai IPO. Kalau anda masih newbies dan tak tahu apa itu IPO, jangan risau. Boleh baca mengenai IPO Bursa Malaysia
Kriteria Kelayakan Permohonan IPO
Untuk memohon IPO, anda mestilah berumur 18 tahun dan keatas, merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai alamat di Malaysia mempunyai akaun CDS jenis direct (akaun nominee seperti Rakuten Trade tidak layak mohon). Sila rujuk dengan remisier atau dealer representative anda untuk mengetahui jenis akaun CDS yang anda gunakan. Permohonan mestilah sekurang-kurangnya 100 unit saham (dan dibuat dalam gandaan 100)
Senarai Bank Yang Menawarkan Internet Share Application
Berikut merupakan bank yang boleh digunakan untuk memohon IPO secara online melalui online banking beserta dengan caj perkhidmatan mereka:
Cara Beli IPO Menggunakan CIMB Clicks
Untuk contoh kali ini, saya tunjukkan bagaimana cara mohon IPO menggunakan CIMB Clicks. Anda boleh ikut 9 langkah mudah ini jika nak mohon dengan bank yang sama:
- Log in CIMB Clicks
- Pastikan anda ada baki yang cukup dalam akaun bank untuk buat permohonan. Ini kerana duit dalam bank akan dipotong serta-merta ketika permohonan berjaya dihantar. Duit anda hanya akan dipulangkan semula jika anda tak berjaya mohon setelah keputusan balloting keluar.
- Pilih “Apply & Invest” di ruangan kiri selepas log in
- Kemudian pilih “eIPO” dan tekan “Invest”
- Tekan “Yes” untuk ruangan Tax Residency (CRS & FATCA) Declaration
- Tick (√) pada nama saham dan pilih “Apply”
- Baca terma dan syarat dan pilih “Yes” sebagai tanda setuju
- Isikan kuantiti unit belian dan masukkan nombor akaun CDS (15 digit)
- Masukkan kod TAC dan tekan Confirm
Ilustrasi bergambar seperti ditunjukkan dibawah:








Untuk permohonan IPO melalui CIMB Clicks, caj perkhidmatan adalah sebanyak RM 2.50 (jika anda tidak mempunyai akaun CDS yang berdaftar dengan CGS-CIMB). Caj perkhidmatan adalah berbeza mengikut bank mana yang anda gunakan untuk membuat permohonan. Semasa nak buat permohonan, pastikan anda tahu tarikh-tarikh yang berkaitan dengan IPO tersebut. Untuk contoh CEKD Berhad, tarikh-tarikh penting ini boleh diambil di website Bursa Malaysia.
Tarikh Penting Berkaitan IPO
- Opening of application
Tarikh permohonan dibuka: 6 September 2021
Penerangan: Ini menunjukkan pada tarikh bila permohonan IPO mula dibuka dan permohonan boleh dibuat secara online bermula jam 9 pagi
- Closing of application
Tarikh permohonan ditutup: 17 September 2021
Penerangan: Ini menunjukkan bila tarikh akhir permohonan IPO boleh dibuat. Cut-off time adalah pada jam 5 petang jadi permohonan hendaklah dibuat sebelum waktu ini. - Balloting of application
Tarikh pengundian: 21 September 2021
Penerangan: Setiap permohonan yang diterima akan dibuat cabutan undian untuk menentukan siapa yang layak menerima IPO - Allotment of IPO shares to successful applicants
Tarikh agihan saham kepada pemohon yang berjaya dapat IPO. Bilangan unit saham yang anda berjaya mohon akan mula dimasukkan ke dalam akaun CDS - Tentative listing date
Tarikh saham akan mula disenaraikan di pasaran Bursa Malaysia
Sekarang anda dah tahu cara nak mohon IPO. Selepas ni macam mana cara nak tahu sama ada permohonan yang anda buat awal tadi berjaya atau tidak? Dalam beberapa hari lagi selepas keputusan balloting keluar saya akan kongsikan bagaimana cara untuk semak sama ada permohonan IPO saya berjaya atau tidak.