Pada awal tahun 2000, permintaan terhadap rumah lelong tak ‘hot’ seperti sekarang. Dulu orang ingat rumah lelong ni rumah busuk, buruk dan kotor. Tapi sekarang dah berubah.
Rumah jenis lelong juga boleh memberikan pulangan dan kepuasan kepada pembeli jika betul caranya.
Jika anda berminat untuk tahu bagaimana cara beli rumah lelong terutamanya jika anda masih baru lagi, panduan ini untuk anda.
Cara Beli Rumah Lelong – Panduan Untuk Beginners
Perkongsian daripada Kamarol Faizal iaitu seorang Real Estate Negotiator (REN) bertauliah di Facebook beliau. Dalam tutorial Real Case Study ini saya kongsikan bagaimana saya boleh dapat ‘menjejaki’ rumah lelong hampir RM 100k lebih rendah daripada harga pasaran.
Rumah ini juga mempunyai potensi untuk memberi pendapatan ALIRAN WANG TUNAI secara PASIF antara RM350 – RM600 setiap bulan jika disewakan. Sebelum anda membuat sesuatu carian hartanah, perkara utama yang harus anda patut tahu adalah dengan menetapkan tujuan pembelian rumah.
- Tentukan sama ada rumah yang bakal dibeli adalah untuk diduduki, beli dan jual (flipping) atau disewakan.
- Selain itu WAJIB untuk anda memastikan dahulu kelayakan pembiayaan perumahan dengan Institusi Kewangan (jika pembelian penuh bukan secara tunai).
- Kemudian baru anda boleh membuat carian dan kajian pada hartanah yang anda senaraikan.
Sebelum tu, jika anda nak tahu apa kelebihan beli rumah lelong, baca perkongsian disini.
Bagaimana cara untuk mendapatkan senarai hartanah lelong?
1) Layari laman web www.AuctionData.com.my untuk senarai hartanah lelong terkini.
2) Taipkan lokasi seperti nama negeri, bandar, nama jalan atau sekyen di ruangan “search” lalu tekan butang “Enter”.
Contohnya dalam kes ini saya membuat carian hartanah lelong di bandar area “Shah Alam”.
3) Sekiranya kata kunci carian tersebut terdapat adanya hartanah lelongan yang terkini, maka hasilnya beberapa senarai hartanah lelong yang aktif akan dipaparkan (lihat gambar).
4) Pastikan tarikh lelongan yang disenaraikan masih belum lagi tamat (selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh lelongan) bagi membolehkan anda menggunakan masa tersebut untuk membuat pemeriksaan awal atau melawat ke tapak lokasi hartanah dan menyediakan wang deposit dalam bentuk bank draft.
5) Contohnya dalam kes ini, saya mahu membuat kajian bagi hartanah lelong di alamat Merak Apartment, Jalan Uranus U5/125 Shah Alam dengan harga lelongan RM145,800 (lihat gambar).
Lakukan Kajian Pasaran Harga Rumah
6) Pada langkah seterusnya, anda perlu mengetahui berapakah harga pasaran rumah lelong tersebut. Ini bagi mengetahui berapakah nilai yang anda dapat keuntungan / penjimatan jika anda membelinya.
Setelah itu baru anda boleh menetapkan harga bidaan yang sesuai dari mengelakkan risiko membeli rumah melebihi harga pasaran (Over Market Value).
7) Bagaimana cara untuk menyemak harga pasaran rumah?
Layari www.Brickz.com.my. Laman web ini menyediakan senarai rekod transaksi pembelian hartanah Subsale khususnya bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
8) Taipkan nama lokasi hartanah di ruangan “search” dan biarkan laman tersebut membuat tapisan rekod secara automatik (jika ada).
Kemudian akan dipaparkan beberapa senarai jenis dan lokasi hartanah yang hampir bertepatan. Contohnya dalam kes ini, rumah Apartment Merak tersebut mempunyai rekod transaksi pembelian secara Subsale pada tahun 2015- 2016.
9) Dalam carian tersebut, transaksi paling tinggi bagi harga pasaran rumah Subsale yang direkodkan bernilai RM245k (lihat gambar). Ini bermakna harga rizab rumah lelong itu tadi lebih rendah hampir RM100k perbezaan dari harga pasaran rumah Subsale. Wah! menarik bukan?
Macam Mana Nak Kira Berbaloi Atau Tak Rumah Lelong Tu?
10) Seterusnya lagi anda perlu mengetahui berapakah minima ansuran bayaran bulanan pembiayaan perumahan kepada bank (jika pembelian bukan secara tunai).
Ini bertujuan memastikan sama ada jumlah bayaran ansuran bulanan tersebut bersesuaian mengikut kemampuan atau bajet dari pendapatan bulanan anda.
11) Bagaimana cara mengetahui berapakah bayaran ansuran bulanan kepada bank dari pembelian harga rumah?
Gunakan kemudahan kalkulator seperti “Home Loan” seperti iMoney (lihat gambar). Muat turun aplikasi di ‘Play Store’ telefon pintar.
12) Dalam kes ini saya menetapkan bajet pembelian dan pembiayaan perumahan sebanyak RM150k sahaja untuk 35 tahun tempoh bayaran ansuran bulanan.
Hasil paparan kiraan ansuran bayaran bulanan adalah dalam anggaran RM6xx sebulan (kadar bayaran balik yang ditentukan oleh setiap bank adalah berbeza).
13) Bagaimanakah cara mengetahui adanya Cash Flow @ aliran wang tunai positif setiap bulan jika rumah yang dibeli untuk disewakan?
Cara mudahnya, anda boleh membuat carian iklan kadar semasa sewaan rumah di laman enjin carian Google.
Contohnya dalam kes ini saya menaipkan katakunci “Merak Apartment, Jalan Uranus U5/125 Shah Alam For Rent @ Untuk disewa”. Bagi laman portal iklan jual, sewa, beli rumah yang boleh anda lihat adalah seperti Mudah.my, Propertyguru.com.my, Ibilik.my dan homes.trovit.my.
14) Dalam kes ini, hasil carian untuk kadar rumah sewa Merak Apartment adalah dengan purata anggaran RM1,000 – RM1,300 sebulan (lihat gambar).


Ini bermakna adanya potensi Cash Flow @ aliran wang tunai positif sebanyak RM350 – RM600 setiap bulan jika ditolak dengan bayaran ansuran bulanan kepada bank (RM6xx). Wow! berbaloi bukan?
Perhatikan Jika Ada “Booster” Berdekatan Rumah
15) Untuk mengetahui sama ada sesuatu kawasan hartanah itu baik untuk dibeli, anda harus juga meneliti ciri-ciri kemudahan awam di sekitar dan akses penghubung jalan pengangkutan yang berdekatan (jika ada).
**Ciri-ciri ini sebenarnya dapat menentukan rumah yang dibeli adakah ianya lokasi yang strategik dan berbaloi untuk pelaburan atau disewakan dalam jangka masa panjang.
Contohnya lokasi di rumah lelong Merak Apartment tersebut mempunyai kemudahan awam yang berdekatan seperti Balai Polis, Sekolah, Pejabat Pos, Klinik dan restoran.
Lokasinya pula terletak di Pinggiran Subang. Pertengahan antara Kota Damansara, Sg. Buloh, Subang.
Bakal akan ada kemudahan MRT dibina di kawasan berdekatan. Ini mungkin akan merancakkan lagi pertumbuhan komuniti dan penduduk kawasan setempat.
16) Seterusnya dapatkan surat Perisytiharan Jualan Lelongan untuk mengetahui maklumat atau status hartanah lelong tersebut.
Bagi kes hartanah lelong Merak Apartment, geran Strata Title telah pun dikeluarkan oleh Pejabat Tanah (lihat gambar Surat Perisytiharan Jualan Lelongan).
Nombor geran Hakmilik Individu / Strata Title yang sudah ada memudahkan untuk membuat carian status di Pejabat Tanah dan dapat mempercepatkan proses pembiayaan perumahan.
Tips tambahan: Gunakan khidmat bantuan ejen lelong hartanah untuk mendapatkan senarai dan menyemak harga pasaran terkini, membuat pemeriksaan serta memudahkan urusan dalam proses pembelian rumah lelong. Berkawan baiklah dengan mereka supaya anda dapat tambah ilmu bagaimana cara beli rumah lelong.
Bagi yang berminat untuk tambah ilmu macam mana cara beli rumah lelong, boleh dapatkan kombo e-book 3 in 1 yang menceritakan bagaimana proses untuk beli rumah lelong, bagaimana nak bid rumah lelong secara online dan real case study kisah pelaburan dalam hartanah lelong. Dapatkannya disini.