BursaStation adalah antara charting software yang paling banyak digunakan oleh trader untuk membuat kajian Analisa Teknikal sama ada bagi saham Bursa Malaysia ataupun pasaran Futures FCPO. Kini anda boleh dapatkan BursaStation Free Trial Version untuk dimuat turun di komputer anda.
Sebelum kewujudan Tradingview, charting software ni memang sangat-sangat famous. Saya sendiri menggunakan Bursa Station beberapa tahun yang lepas sewaktu mula belajar tentang saham. Untuk pengetahuan anda, bagi newbies kalau broker anda tak menyediakan trading platform yang mesra pengguna, BursaStation adalah antara pilihan terbaik untuk anda bermula.
Subscription mereka berbayar. Saya akan terangkan selepas ini berapa harga langganan jika anda berminat untuk versi berbayar. Tetapi jika anda ada kekangan wang ataupun mungkin sedang pertimbangkan sama ada nak ambil charting software Bursa Station atau yang lain, anda boleh cuba trial version mereka.
Melalui versi trial version ini, anda boleh download dan gunakannya secara percuma selama 14 hari.
Cara Download dan Guna BursaStation Free Trial Version
Untuk mendapatkan free trial ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mereka. Bagaimana caranya? Hubungi BursaStation di 03-78031791 ataupun hantarkan emel ke accounts.my@shareinvestor.com
E-mel mesti mempunyai maklumat seperti berikut:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- User ID Pilihan (username)
- Alamat e-mel
- Nombor telefon bimbit
- Alamat surat-menyurat
Selepas anda menghantar maklumat yang diperlukan, team BursaStation akan membuat semakan terlebih dahulu untuk melihat sama ada pilihan username anda masih available atau tidak. Jika ia telah diambil, anda perlu nyatakan pilihan username yang lain.
Anda juga mungkin akan diminta untuk melampirkan salinan kad pengenalan (jika perlu) untuk tujuan semakan.
Jika anda dapat lihat screenshot dibawah, saya telah menghantar e-mel kepada team BursaStation pada 29 Jun 2021 jam 11. 22 malam . Kita tunggu beberapa hari lagi untuk maklum balas daripada mereka.

Keesokan harinya pada 30 Jun 2021 jam 4.47pm saya menerima balasan e-mel daripada BursaStation dan mereka telah menyediakan kod kupon untuk saya redeem peggunaan secara percuma.
Turut diberitahu yang saya hanya boleh redeem kod ini dalam tempoh satu hari. Jika tidak akses terbatal dan tidak valid.

Langkah-Langkah Untuk Install BursaStation Free Trial Version di Komputer Anda
- Masukkan invitation code yang diberitahu melalui emel ke website http://www.bursastation.com/?page=trial_signup Kemudian klik ‘redeem now’

2. Seterusnya anda akan dibawa ke free trial registration page. Pastikan peranti komputer anda memenuhi
requirements yang diperlukan. Dan klik ‘Signup For Trial Now’

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di bahagian ‘Registration’. Kemudian klik ‘Continue’

4. Isi maklumat peribadi yang diminta sehingga habis dan klik ‘Register’

5. Sahkan maklumat dengan klik ‘Confirm Registration’

6. Mula muat turun fail dengan klik ‘Click here to download Bursa Station Professional’

7. Tekan butang ‘Download V6.10’

8. Setelah selesai muat turun file, tekan ‘Next’ dan ‘Accept Agreement’

9. Pilih destination dan tekan ‘Next’

10. Installation complete. Tekan ‘Finish’

11. BursaStation sedia untuk digunakan. Semak e-mel anda untuk username dan password

Anda boleh follow 11 langkah mudah yang saya kongsikan kalau nak dapatkan BursaStation trial version ini secara percuma. Mengenai plan harga, mereka tawarkan dua plan pakej, untuk 6 bulan dan 12 bulan. Harga seperti dibawah:

Selain dari BursaStation, jika anda buka akaun CDS dan akaun trading melalui broker MPlus Online, anda boleh dapatkan tool kajian Technical Analysis secara percuma. Untuk mohon akaun CDS secara online, boleh hubungi saya di Telegram.