Moving Average adalah antara indikator yang paling common diguna pakai dan antara indikator terawal yang tercipta sebelum wujudnya indikator-indikator lain seperti bollinger band, heikin ashi, relative strength index dan lain-lain lagi.
Sebelum saya terangkan lebih lanjut mengenai indikaor moving average dan bagaimana cara menggunkannya jom kita recap dulu apa yang dimaksudkan dengan indikator.
Trading indikator terhasil daripada pengiraan matematik yang mana pengiraan itu akan diplotkan dalam bentuk garisan ke atas chart bagi membantu trader mengenalpasti signal dan trend pasaran. Bagi mengupas mengenai indikator moving average ini, saya kongsikan hasil penulisan daripada admin Empayar Saham untuk bacaan anda.
Apa Itu Indikator Moving Average (MA)?
Moving average adalah technical indicator jenis trend follower. Ia adalah lagging indicator – price gerak dulu, baru indicator berubah. Ia merupakan antara technical indicator yang paling mudah, paling humble dan paling kerap digunakan oleh trader.
Indicator MA ini menjejak purata setiap beberapa bilangan price lepas yang tetap bagi setiap hari trade jika chart periodnya daily, setiap minggu trade jika chart periodnya weekly, setiap tahun trade jika chart period yearly, dan sebagainya.

Sebagai contoh, 5-day moving average menjejak purata price bagi 5 hari yang lepas, 20-day moving average menjejak purata price bagi 20 hari yang lepas dan sebagainya. Setiap titik purata ini, jika disambungkan, akan menjadi garisan moving average.
Terdapat 2 jenis indikator moving average yang biasa digunakan oleh trader :
- Simple moving average.
- Exponential moving average.
Simple Moving Average (SMA)
Simple moving average lebih mudah dikira berbanding exponential moving average. Tetapi, satu kelemahan besar simple moving average ialah perubahan pergerakannya lebih besar atau lebih banyak lajak bagi setiap price.
Oleh kerana simple moving average mengira secara purata semua price dalam satu period, jika hanya ada satu saja price yang masuk ke dalam period yang spike tinggi, sedangkan price yang lain lebih kurang sama, simple moving average akan ikut bergerak besar atau melajak kerana simple moving average cuba memuratakan semua price yang termasuk dalam periodnya.
Ini sebenarnya tidak menggambarkan keadaan realiti market pada masa itu. Ianya seolah2 simple moving average cuba memberitahu kita wujudnya uptrend, sedangkan sebenarnya hanya satu price sahaja yg spike.

Pada masa sama, begitu juga jika price yang spike itu keluar dari period, sedangkan price yang lain lebih kurang sama, simple moving average akan ikut bergerak besar kerana simple moving average cuba memuratakan semua price yang termasuk dalam periodnya.
Oleh itu, simple moving average terkesan sebanyak 2 kali, satu ketika price masuk ke dalam period dan satu lagi ketika price keluar dari period. Ini menambahkan lagi besar atau melajakkan lagi pergerakannya.
Dalam erti kata lain, simple moving average terlalu erratical. Ia akan lebih banyak memberikan false signal dan menyebabkan kita tertipu. Pergerakannya yang lajak juga menyebabkan ia kurang responsif terhadap pergerakan price.
Bayangkan anda memandu kereta yang membuang di atas jalan yang banyak selekoh – anda terpaksa hati-hati dan kurang pantas memasuki selekoh.Namun, masalah ini boleh dikurangkan dengan menggunakan exponential moving average.
Exponential Moving Average (EMA)
Exponential moving average adalah lebih baik berbanding simple moving average. Ia memberikan lebih pemberat kepada price supaya pergerakan price tidak berubah begitu banyak walaupun ada price yang spike, tetapi masih mampu menjadi trend follower yang baik.
Exponential moving average mempunyai kelebihan berbanding simple moving average dari segi –
Ia memberikan lebih keutamaan kepada price yang masuk ke dalam period dengan memberikan lebih pemberat kepada price tersebut, supaya EMA terkini yang terhasil lebih mewakili sentimen market terkini.
Ia menghilangkan kesan price-price yang terkeluar dari period secara beransur-ansur supaya kesan kehilangan price tersebut tidak begitu menjejaskan perubahan EMA terkini, supaya EMA terkini yang terhasil lebih mewakili sentimen market terkini.

Oleh kerana exponential moving average mempunyai pemberat dalam mengira secara purata semua price dalam satu period, pergerakan exponential moving average lebih terkawal dan tidak terlalu besar. Ini akan lebih menggambarkan keadaan realiti market pada masa itu. Kita tidak akan tertipu oleh exponential moving average dengan tidak menganggap berlakunya uptrend bila hanya satu price sahaja yang spike.
Pada masa sama, oleh kerana kewujudan pemberat menyebabkan pergerakan exponential moving average lebih terkawal dan tidak terlalu besar, ia juga menyebabkan exponential moving average menjadi kurang lajak dan dengan ini lebih responsif terhadap perubahan pergerakan price. Bayangkan anda bawa kereta Bugatti Veron dengan kelajuan tinggi di atas jalan yang banyak selekoh – Seronok x?
Dalam erti kata lain, exponential moving average bertindak lebih cepat dan memberikan signal yang lebih pantas berbanding simple moving average.
Bagaimana Cara Menggunakan Indikator Moving Average
- Moving average membantu trader untuk trade pada trend yang betul. Aspek moving average yang paling penting ialah kecerunannya. Kecerunan moving average menunjukkan arah dan inersia market. Apabila moving average menaik, itu adalah masanya untuk trade ketika uptrend.
- Apabila MA menaik, trade ketika uptrend. Entry ketika price turun sehingga menghampiri tidak jauh dari atas atau bawah moving average. Letakkan cut loss di bawah minor low dan pindahkan cut loss ke titik break-even (entry price + brokerage cost) sebaik saja price close lebih tinggi dari entry.
- Apabila MA menurun, jangan trade ketika downtrend. Exit ketika price menghampiri atas atau bawah moving average.
- Apabila MA bergerak rata, ia menunjukkan ketiadaan trend. Elakkan trade pada waktu ini.
Moving average adalah technical indicator yang simple, humble dan adakalanya dipandang rendah oleh ramai trader. Namun, ingin kami tegaskan, banyak kejayaan setup trade kami adalah datangnya dari indikator moving average. Ia adalah sebahagian dari komponen trading strategi yang terpenting.
Kalau anda berminat nak belajar proven technique dalam trading dengan menjadi trend trader, hubungi saya di Telegram untuk saya kongsikan caranya.