Semasa kaunter tengah downtrend macam mana cara untuk kita detect kalau bakal berlaku reversal? Saya jumpa satu kaunter yang boleh dijadikan sebagai case study. Teruskan bacaan sampai habis untuk tahu strategi breakout downtrend line.
Bagi yang belum tahu bagaimana chart pattern untuk strategi ini, anda akan lihat yang kaunter saham sentiasa membuat lower low. Ini menandakan ia dalam fasa downtrend.
Kita akan menunggu sehingga kaunter berjaya memecah downtrendline kerana apabila ia berlaku, kebarangkalian tinggi untuk saham itu mengalami reversal.


Contoh Kajian Saham – Kaunter CMSB
Saya menggunakan contoh kaunter Cahya Mata Sarawak (CMSB) sebagai contoh. Kaunter ini dalam sektor Industrial Products and Services dan ia merupakan kaunter yang berkait rapat dengan kerajaan Negeri Sarawak.
Memandangkan Malaysia melalui PRU-15 pada 19 November 2022, kaunter yang berkait rapat dengan politik perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai sentimen berkaitan pilihanraya.
Walaupun pilihanraya pada tengah bulan November, tetapi selalunya harga saham akan bergerak terlebih dahulu. Jika dilihat pada tarikh-tarikh penting pilihanraya, penamaan calon bermula pada 5 November 2022
Jika dilihat pada chart kaunter CMSB dalam fasa downtrend dan pada 4 Nov 2022 ia mula break downtrend line.
Persoalan sekarang adalah bila masa yang sesuai untuk beli dan pada harga berapa? Kalau diikutkan ada beberapa strategi yang boleh digunapakai.
Jika rujuk pada rajah dibawah, ada 3 cara untuk entry iaitu:
B – Pada ketika price break downtrendline
C – Pada ketika price membuat pullback dari base
D – Pada ketika price break resistant high
Strategi Breakout Downtrend Line
Untuk tujuan pembelajaran kali ini, saya akan gabungkan strategi momentum trading yang telah saya pelajari dalam kelas PTS Tava untuk mencari entry.
Entry yang akan digunakan adalah entry jenis C iaitu ketika price membuat pullback dari base. Secara asasnya kita akan mencari buy long menggunakan trend continuation pullback strategy.
Bagi yang pernah belajar teknik ini, kita akan mencari Stock base terlebih dahulu. Stock base terbentuk apabila adanya kenaikan dua hari berturut-turut. Apabila wujudnya stock base, ia merupakan tanda-tanda yang kaunter ini mempunyai kenaikan yang ada momentum.
Dalam chart Tradingview ini, coding pinescript telah dibuat untuk memudahkan kita detect kenaikan dua hari berturut-turut tersebut. Apabila candle warna biru muncul dan ada tulisan SB, bermaksud itu adalah kawasan stock base.
Menunggu Confirmation Selepas Berlaku Reversal
Seperti yang diterangkan awal tadi, apabila price berjaya break downtrendline, kemungkinan akan berlaku reversal. Tapi saya tidak akan terus masuk ketika breakout terjadi pada 4 Nov.
Saya perlu tunggu confirmation seterusnya iaitu apabila ia membuat stock base pada 4 dan 7 Nov.
Untuk kaedah momentum trading, ia menggunakan konsep buy high sell higher. Setelah wujud candle yang mengalami kenaikan dengan momentum, kita akan tunggu ia membuat retracement terlebih dahulu kemudian kita akan beli sebelum ia mula kenaikan seterusnya.
Kita akan menggunakan time frame daily untuk melihat gambaran besar market dan time frame 30 minit untuk mencari entry.
Berdasarkan strategi PTS Tava, ada dua entry yang valid iaitu pada 11 Nov dan 24 Nov. Setiap entry dapat beri pulangan sebanyak 4.3% dan 6.4%
Failed Breakout Downtrend Line
Walaupun mengikut kaedah PTS Tava mana-mana kaunter yang mengalami kenaikan dua hari berturut-turut mempunyai kebarangkalian tinggi untuk meneruskan kenaikan tetapi ini tidak bermakna ia akan 100% PASTI mengalami kenaikan.
Ini adalah contoh strategi failed breakout downtrend line:
Setakat ini saja perkongsian saya. Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat kongsikan dengan rakan yang lain supaya mereka juga dapat sama-sama belajar.
Jika berminat untuk belajar lebih mendalam mengenai saham di Bursa Malaysia, boleh hubungi saya melalui Whatsapp