Artikel ini akan menceritakan apa itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau dalam Bahasa Inggeris disebut Employment Insurance System (EIS) dan bagaimana cara untuk mendaftar secara online. Maklumat ini sangat penting untuk mereka yang akan dibuang kerja atau sudah dibuang kerja dalam tempoh 60 hari yang lepas.
Sebanyak 1.9 juta orang dijangka hilang kerja
Laporan oleh Utusan pada Julai 2020
Untuk tahun ini, 2021 semakin ramai yang hilang pekerjaan akibat Covid – 19
Sebanyak 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) sudah berhenti operasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan SME Association Malaysia menhangka sebanyak 50,000 usahawan SME bakal gulung tikar untuk tahun 2021
Laporan Astro Awani pada Oktober 2020
Hilang Kerja Masa PKP, Apa Nak Buat?
Kita diuji dengan kes Covid-19 yang berpanjangan. Lebih menyakitkan apabila ada yang diberi cuti tanpa gaji, malah diberhentikan pula secara paksa-rela sama ada melalui Voluntary Seperation Scheme (VSS) ataupun Mutual Seperation Scheme (MSS). Ada yang menerima pampasan yang wajar, ada juga yang tidak.
Pada 19 Jun 2021, secara rasminya saya hilang pekerjaan kerana diberhentikan dibawah MSS atau dikenali sebagai Skim Pemisahan Pekerjaan. Ini surat yang saya terima. Jadi saya faham benar perasaan anda.

Jadi apa nak buat jika dibuang kerja?
- Pertama sekali, bawa bertenang dan cuba untuk berfikir dengan waras. Saya tahu tak mudah, ramai yang rasa seperti dunia dah berakhir. Saya juga merasakan perkara yang sama. Banyakkan berdoa semoga Allah mudahkan urusan kita semua.
- Jika anda ada rakan yang boleh dipercayai dan rasa selesa untuk berkongsi cerita, hubungi mereka.
- Simpan semua dokumen yang berkaitan dengan pekerjaan seperti surat tawaran kerja, surat diberhentikan kerja dan slip gaji untuk urusan tuntutan (sekiranya layak).
- Potong perbelanjaan. Jaga kewangan anda mula berjimat agar cash flow tak tercekik.
- Cari kerja lain atau cuba pertimbangkan untuk buat bines yang sesuai menggunakan modal permulaan yang rendah.
- Daftar kursus latihan percuma dibawah EIS a.k.a SIP PERKESO untuk mendapatkan latihan bagi menambah skil kerjaya.
Sebagai contoh, saya sendiri dapat menyertai Kursus Facebook Marketing secara PERCUMA selama 5 hari setelah permohonan EIS diluluskan.

Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO?
Sebelum saya terangkan mengenai EIS, jom kita ambil tahu tentang PERKESO terlebih dahulu. Selalunya orang hanya kenal KWSP tapi PERKESO tak ramai yang tahu.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan sebuah Jabatan Kerajaan dibawah Kementerian Sumber Manusia. Pada 1985 ia telah berubah status kepada sebuah Badan Berkanun.
Fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
PERKESO telah diamanahkan untuk melaksanakan atau menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
Employment Insurance Scheme a.k.a Sistem Insuran Pekerjaan
Secara ringkasnya, EIS ataupun SIP adalah satu bentuk caruman dibawah PERKESO untuk faedah pekerja jika mereka dibuang kerja akibat masalah eonomi atau lain-lain faktor mengikut kelayakan.
Majikan dan pekerja perlu mencarum dalam satu tabung yang membayar faedah kepada pekerja yang terlibat musibah sahaja. Jika pekerja tidak terlibat musibah, bayaran carumannya lebur dan tidak dipulangkan semula sebagaimana caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Caruman SIP sangat rendah iaitu 0.2% daripada penggajian pekerja dan 0.2% syer majikan. Dan jumlah itu pula terhad kepada RM7.90 maksimum kepada keduanya. Bermakna caruman tertinggi pekerja bergaji RM4,000 dan ke atas untuk SIP bagi pekerja dan majikan cuma Rm15.80.
Caruman terendah pula ialah 10 sen sebulan bagi pekerja bergaji Rm30 atau kurang, dengan caruman 5 sen pekerja dan 5 sen majikan.
Semua majikan swasta wajib mencarum SIP jika mempunyai satu pekerja dan ke atas. Dan pekerja juga tiada pilihan biarpun sudah bergaji RM4,000 ke atas. Diringkaskan cerita, jika anda mencarum Perkeso, anda sebenarnya wajib mencarum SIP. Tak boleh lari!
Ingat ye, pekerja asing tak layak untuk mencarum EIS. Hanya untuk warga tempatan sahaja.
Objektif SIP PERKESO
- Beri bantuan latihan profesional dan vokasional. Bayaran yuran ditanggung oleh PERKESO. Jadi anda dapat sertai kursus secara percuma.
- Bantuan mencari kerja baru dan penempatan semula pekerjaan menggunakan portal MYFutureJobs
- Bantuan kewangan selepas disahkan hilang kerja.
Ha, sekarang anda dah tahu mengenai EIS ni, macam mana pula nak mohon? Permohonan boleh dibuat secara walk-in ke pejabat PERKESO ataupun secara online je. Ini website untuk mohon secara online >> https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login
Sediakan juga salinan dokumen sokongan yang lengkap sebelum mula mendaftar kerana anda perlu upload semua dokumen ini kedalam sistem EIS PERKESO.
Tonton video dibawah untuk permohonan secara online.
Video: Panduan Memohon Faedah SIP PERKESO
Selepas lulus pendaftaran, anda juga layak untuk mohon Kursus Microsoft 5 hari secara percuma. Yuran kelas ditanggung oleh Sistem EIS. Sijil disediakan bagi yang berjaya habiskan kursus hingga tamat.
Baca: Cara Mohon Kursus Microsoft Office Percuma Jika Anda Kena VSS/MSS

Mencari peluang pekerjaan dan khursus sepanjang tempoh pkp dilaksanakan ..
Kalau dibuang kerja daftar dulu dengan EIS Perkeso. Dari situ akan dapat maklumat kursus dan pekerjaan