Selain daripada pinjaman modal oleh pihak bank atau badan kerajaan, usahawan boleh dapatkan modal melalui geran bantuan perniagaan. Banyak agensi yang menyediakan peluang bantuan modal secara percuma. Anda cuma perlu pandai mencari peluang dan mempunyai business plan yang solid.
Paling best mengenai bantuan geran ini adalah ia merupakan bantuan percuma. Cuma anda perlu lihat pada terma dan syarat bantuan geran tu sama ada ia full-grant, partial-grant dan lain-lain.
Ada sesetengah bantuan geran diberi dalam bentuk tunai. Ada yang diberi dalam bentuk fasiliti (anda takkan dapat duit tunai tapi anda akan dapat bantuan seperti perkakasan barang, bantuan pemasaran)
Ini Senarai Geran Bantuan Perniagaan Yang Ada
1. Tunas Usahawan Belia Bumiputera Programme (TUBE)
Agensi: SME Corp Malaysia
Matlamat:
Menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.
Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan.
Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri
Amaun Geran: RM 15,000 (Diberi setelah tamat fasa 1 dan 2)

Saya sendiri pernah buat permohonan beberapa kali untuk join Tube. Percubaan kali ke-3 baru dapat hadir interview dan layak dapatkan geran. Dengan bantuan geran itulah saya gunakan sebagai modal untuk join kelas saham, subscribe Tradingview dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan saham.
Untuk maklumat lanjut, pergi ke link: https://tube.smecorp.gov.my/
2. Geran Pembangunan Inovasi Akar Umbi (MaGRIs)
Agensi: Yayasan Inovasi Malaysia
Matlamat: MaGRIs merupakan sebuah projek yang bermatlamat untuk mempertingkatkan dan memacu usaha Pembangunan dan Pengkomersilan Inovasi Akar Umbi yang berpotensi di Malaysia
Amaun Geran: Bergantung pada jangka masa dan sifat setiap projek, jumlah geran yang ditawarkan
mungkin berbeza. Jumlah maksimum sebanyak RM30,000 boleh dianugerahkan untuk projek
yang berjalan selama enam (6) bulan.
Skop geran:
• Perlindungan harta intelek
• Pembangunan produk/prototaip
• Promosi dan Latihan
Syarat- Syarat Dan Kriteria Projek:

Cara Memohon:
Emelkan kertas kerja projek inovasi anda beserta gambar dan/atau video ke emel
magris@yim.my. Untuk maklumat lanjut berkenaan Program MaGRIs, sila layari laman web
www.magris.innomap.my
Antara kriteria utama pemilihan pemenang geran adalah usahawan mesti mempunyai idea perniagaan yang menarik, boleh dilaksanakan dan mempunyai pitch deck yang mantap untuk menambat hati juri.
Kalau anda tak tahu macam mana cara untuk hasilkan pitch deck, dapatkan panduan ini.

3. Rural Business Challege (RBC)
Agensi: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
Matlamat:
– Menggalakkan golongan belia khususnya di luar bandar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan;
– Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan; dan
– Mewujudkan kawasan luar bandar yang menarik untuk didiami.
Amaun: Amaun terkumpul sebanyak RM 14 juta
RBC merupakan acara tahunan yang dimulakan sejak tahun 2012. Pertandingan ini memberi peluang kepada belia Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun untuk membentangkan rancangan perniagaan mereka dihadapan para Juri.
Ia mempunyai 2 kategori iaitu:
– Idea Perniagaan dan
– Pengembangan Perniagaan
Kategori Idea Perniagaan boleh disertai oleh syarikat yang belum beroperasi manakala Kategori Pengembangan Perniagaan hanya boleh disertai oleh syarikat yang telah beroperasi sahaja.
Penyertaan boleh terdiri daripada:
– Perseorangan atau lebih; atau
– Syarikat Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sdn Bhd
Untuk tahun 2021, RBC hanya dibuka untuk kategori pengembangan perniagaan. Anda perlu sediakan rancangan perniagaan dan hantar melalui online di website. Untuk format Rancangan Perniagaan, anda boleh rujuk disini.
Anda boleh mula mohon dengan mengikuti 5 langkah berikut:

Website untuk memohon: http://rbc-kplb.com.my/utama
4. Teraju SUPERB (Skim Usahawan Permulaan Bumiputera)
Agensi: Unit strategik di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Matlamat: mengetengahkan usahawan permulaan belia Bumiputera yang berdaya saing dan mempunyai inovasi baharu selain menerapkan amalan kreatif serta inovatif dalam penghasilan produk perniagaan mereka.
Bidang Perniagaan: Ekonomi digital, Revolusi Perindustrian Keempat, perusahaan industri dan perkongsian ekonomi, kreatif, industri seni dan kesihatan, inovasi makanan serta pertanian tani dan berasaskan tani.
Program SUPERB adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan.
SUPERB terbuka kepada golongan belia Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan ataupun syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada 3 tahun.
Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan.
Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu. Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau penkomersialan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu.
Terma & Syarat:
Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.
Fasa Projek:
- Idea / Prototaip (Nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atau
- Pra Komersial / Komersial (Nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)
- Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat selanjutnya.
Website untuk memohon: https://superb.teraju.gov.my/home

5. Cradle Investment Programme Ignite (CIP Ignite)
Agensi: Cradle Sdn Bhd
Matlamat: Membolehkan syarikat pemula niaga peringkat awal meneroka peluang pengkomersialan inovasi dan mempercepatkan pertumbuhan, geran berkenaan dibangunkan berdasarkan pengalaman ketika berdepan pandemik COVID-19.
CIP Ignite merupakan program bantuan dana dalam bentuk geran bersyarat yang memebri bantuan sehingga RM 500,000 untuk syarikat start-up dalam bidang berkaitan teknologi
Geran ini dibahagikan kepada dua komponen iaitu CIP Ignite (1) untuk inovasi lebih mendalam dan CIP Ignite (2) bagi syarikat berasaskan teknologi lain.
Perbezaan antara CIP Ignite (1) dan CIP Ignite (2) seperti berikut:

Siapa yang layak untuk mohon CIP 1 dan CIP 2?

Apa maksud business berkaitan Deep Tech?

Fasa-Fasa dalam Technology Readiness:

Website untuk memohon: https://www.cradle.com.my/bm/apa-kami-tawarkan/cip-ignite-ii/
Sebenarnya banyak peluang geran yang ada di negara kita. Tahukah anda brand-brand bisnes yang besar pun sebenarnya pernah mendapat geran perniagaan. Contohnya seperti FashionValet yang mendapat Geran sebanyak RM 1 juta pada tahun 2012 oleh MyEG setelah memenangi pertandingan realiti bisnes “Make The Pitch”.
Melalui Cradle pula, antara syarikat yang pernah mendapat geran adalah iMoney, LaPasar, Naluri Hidup, Easy Parcel, MauKerja dan The Lorry. Kalau nak tengok contoh pitchdeck oleh Thelorry.com, baca disini: Contoh Winning Pitchdeck Oleh Thelorry.com
Jadi sesiapa yang ada idea perniagaan yang menarik boleh cuba untuk pitch kepada para juri. Tips nak menang geran ni kena sediakan pitch deck yang menarik supaya dapat pikat hati juri. Dapatkan panduan penyediaan pitch deck untuk rujukan.
Saya nak memohon geran untuk perniaga saya
berminat
Saya nak memohon