Berita mengenai Farm Fresh bakal terbitkan IPO telah diperkatakan sejak Dec 2019 setelah ia diterbitkan di Harian Metro. Awalnya IPO Farm Fresh dijangka terbit pada November 2020 akan tetapi ia mengalami kelewatan atas beberapa sebab.
Berita baik buat para pelabur yang tertunggu- tunggu mengenai IPO syarikat ini, prospektus Farm Fresh telah pun dimuatnaik di laman web Suruhanjaya Sekuriti pada 4 Oktober 2021. Ini bermakna tidak lama lagi IPO Farm Fresh akan dibuka untuk permohonan orang awam. Jadi persiapkan modal dan pastikan anda dah ada akaun trading jenis direct untuk mula mohon IPO.
Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Tentang IPO Farm Fresh
Jika anda berminat untuk mohon IPO ini, saya akan kongsikan beberapa maklumat penting seperti pihak pengurusan Farm Fresh, rangkaian produk mereka, serta valuation syarikat.
1. Ahli Lembaga Pengarah & Pengurus Kanan Farm Fresh
Latar Belakang Loi Tuan Ee
Loi Tuan Ee, merupakan warganegara Malaysia berumur 58 tahun, ialah Pengarah Eksekutif Bukan Bebas, Pengarah Urusan Kumpulan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Beliau telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Farm Fresh pada 24 Mac 2010 dan
mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam industri tenusu.
Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar, Sitiawan, Perak. Beliau memulakan kerjayanya dengan Ayer Hitam Oil Mill Sdn Bhd sebagai penyelia pada tahun 1982. Beliau kemudiannya menyertai Kartika Machinery Sdn Bhd pada tahun 1984 sebagai wakil jualan dan terlibat dalam penjualan dan pemasaran produk industri.

Beliau meninggalkan Kartika Machinery Sdn Bhd untuk menubuhkan Ready Chemical (M) Sdn Bhd dan Multiview Enterprise Sdn Bhd pada tahun 1984, syarikat yang kebanyakannya terlibat dalam penjualan produk penjagaan rumah dan penjualan pembungkusan bahan.
Pada tahun 1991, beliau menyertai Century Bond Berhad sebagai pengarah sebelum dilantik semula sebagai Timbalan Pengarah Urusan pada tahun 2002 di mana beliau bertanggungjawab untuk membangunkan dan mengurus rancangan strategik kumpulan syarikat.
Pada tahun 2005, beliau meninggalkan Century Bond Berhad untuk menceburi bidang pertanian melalui penubuhan Rainforest Capital di mana beliau menjadi Pengarah Urusan. Pada 2010, beliau mengasaskan The Holstein Milk Company Sdn Bhd dan pernah memainkan peranan penting dalam mengembangkan operasi Kumpulan syarikat.
Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Farm Fresh, beliau bertanggungjawab terutamanya untuk merangka pembangunan dan hala tuju, serta merancang aktiviti strategik korporat.
Latar Belakang Azmi Zainal
Azmi Bin Zainal, warganegara Malaysia berumur 55 tahun merupakan Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan Seremban.
Beliau memulakan kerjayanya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”) pada tahun 1989 sebagai pegawai perancangan tanah untuk Felda Lok Heng Barat dimana belia bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pertanian dan sosial peneroka FELDA.

Selepas meninggalkan FELDA pada 1997, beliau mengasaskan perniagaan sendiri, Gemilang Packaging Sdn Bhd, di mana beliau terlibat dalam perdagangan dan pembekalan pembungkusan industri.
Pada 2008, beliau menyertai Nu Moto Sdn Bhd, sebuah syarikat terbabit dalam perdagangan dan pembekalan motosikal kepada FELDA dan koperasi Tentera Darat sebagai seorang wakil jualan.
Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi The Holstein Milk Company pada tahun 2010 dan bertanggungjawab untuk menguruskan operasi dan jualan Kumpulan kami.Beliau juga terlibat secara aktif dalam pengedaran dan pemasaran Kumpulan kami
produk.
Anda mungkin berminat dengan artikel ini: Siapa Pemilik Farm Fresh Yang Sebenar?
2. Produk Keluaran Farm Fresh
Idea penubuhan Farm Fresh tercetus apabila Loi Tuan Ee melihat kebanyakan susu jenama Malaysia terhasil daripada reconstituted ataupun powdered milk (susu tepung). Impiannya untuk menghasilkan susu segar kepada rakyat Malaysia.
Mengikut takrifan yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan, Reconstituted milk is the liquid product prepared by the addition of water to full cream milk powder and shall be subjected to pasteurisation, sterilisation or UHT.
Farm Fresh menawarkan pelbagai produk seperti produk tenusu segar, produk susu berasaskan tumbuhan, jem buah-buahan dan sos. Produk tenusu mereka terdiri daripada jenis susu sedia diminum sejuk (ready to drink), produk susu UHT dan ambien serta produk yogurt.

3. Kelebihan Baka Lembu Milik Farm Fresh
Keadaan iklim panas di Malaysia merupakan cabaran utama dalam mengeluarkan susu lembu segar. Rakan bisnes Loi Tuan Ee di Australia telah mencadangkan kepada beliau untuk menternak lembu jenis baka Australian-Friesian-Sahiwal kerana ia lebih sesuai dengan kawasan topika yang bersuhu panas.
Setelah menternak lembu ini, pengeluaran hasil susu segar Farm Fresh semakin meningkat dan ini memastikan mereka dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan sekitar Asia Tenggara seperti di Singapura, Brunei dan Filipina.

4. Potensi Industri Tenusu
Jika dilihat tren jualan tahunan untuk tahun 2020, 20 syarikat utama yang menghasilkan produk tenusu mencatatkan jualan antara 5 bilion ke 20 bilion USD setahun . Ini menunjukkan peluang yang sangat besar. Selain daripada potensi, ambil tahu juga jenama susu lain yang menjadi pesaing kepada Farm Fresh.
5. Jenama Susu Segar Lain Yang Ada Di Malaysia (Pesaing Farm Fresh)
6. Penasihat / Penaja Untuk Urusan IPO (Principal Adviser / Sponsor)
Farm Fresh telah melantik CIMB Investment Bank Berhad selaku penasihat mereka untuk menguruskan IPO ke Pasaran Utama Bursa Malaysia. Sebagai lead adviser, CIMB bertanggungjawab untuk:
- Memberi nasihat tentang struktur penyenaraian yang optimum, masa penyenaraian dan harga/penilaian syarikat
- Menyelaras dan bekerjasama dengan profesional lain yang terlibat dalam latihan penyenaraian serta dalam menyediakan
permohonan dan dokumen yang berkaitan (termasuk Prospektus dan/atau Memorandum Maklumat) dan mengawasi proses usaha wajar untuk memastikan pematuhan semua keperluan kawal selia; - Serahkan permohonan penyenaraian anda dan dokumen yang diperlukan kepada pihak berkuasa yang berkaitan (termasuk penyerahan Prospektus dan/atau Memorandum Maklumat) dan menangani sebarang pertanyaan yang dibangkitkan oleh pengawal selia; dan
- Bertindak sebagai ejen tunggal atau utama untuk perkara yang berkaitan dengan underwriting dan penempatan/pengagihan anda
sekuriti syarikat
7. Perbelanjaan Modal Terkumpul Hasil Daripada IPO
Hasil IPO nanti, Farm Fresh akan membelanjakan wang antaranya untuk perbelanjaan modal (capital expenditure), dimana mereka akan menubuhkan hab pembuatan baru, ladang tenusu yang baru serta menyediakan kemudahan pemprosesan bersepadu di Malaysia. Farm Fresh juga akan menambah pengeluaran mereka di Australia dan mempeluaskan wilayah di luar Malaysia.
Seiring dengan pelan pengembangan syarikat, modal kerja (working capital) juga akan turut bertambah untuk membiayai pembelian bahan mentah, bahan pembungkusan dan gaji tenaga kerja juga perbelanjaan untuk tujuan pemasaran.
Selebihnya, baki akan digunakan untuk menampung kos-kos yang terlibat dengan aktiviti penyenaraian di Bursa Malaysia.
8. Status Syariah Farm Fresh
Melalui maklumat yang disediakan dalam prospektus, saham Farm Fresh diiktiraf oleh Majlis Penasihat Syariah sebagai syarikat yang patuh syariah. Jadi anda tak perlu risau dengan status halal haram kaunter ini.
9. Keuntungan Farm Fresh
Sejak 3 tahun lepas, syarikat Farm Fresh mencatatkan pertambahan jualan dan keuntungan. Jualan pada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak RM 178 juta, RM 303 juta dan RM490 juta (untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Mac).
Keuntungan sebelum cukai juga meningkat daripada RM 28 juta pada tahun 2019, RM 36 juta pada 2020 dan RM 67 juta untuk tahun 2021 (tahun kewangan berakhir pada 31 Mac).
Diharapkan melalui perkongsian ini dapat menambah pengetahuan anda tentang syarikat Farm Fresh dan anda boleh membuat keputusan sama ada untuk memohon IPO ini atau tidak.
Jika anda masih baru dalam bidang pelaburan, suka untuk saya ingatkan bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko. Kita hanya akan mendapat ganjaran (rewards) setelah berjaya menguruskan risiko tersebut.
Baca kisah realiti mengenai bidang pelaburan dalam e-book Berani Labur Atau Lebur