Anda ada suara yang lunak dan sedap didengari? Apa kata gunakan bakat terpendam itu untuk jana income melalui voice over.
Ini antara contoh iklan radio yang pernah saya hasilkan untuk siaran iklan radio berbayar di saluran Era.fm
Untuk artikel kali ini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk gunakan bakat dalam bidang suara dalam bidang audiobook melalui platform ACX.
Walaubagaimanapun, sedikit disclaimer. Malangnya setakat ini hanya anda hanya boleh mendaftar akaun ACX jika anda mempunyai bank simpanan di USA atau UK sahaja dan merupakan pembayar cukai di negara tersebut.
Acx.com – Website untuk Jana Income Melalui Voice Over
Anda mesti pernah dengar syarikat Amazon.com. Di Amazon, mereka mempunyai cabang bisnes Audible.com yang menghasilkan audio book kepada pembeli. Audio adalah penerbitan berbentuk audio untuk didengari melalui perantaraan seperti komputer, peranti mudah alih, kenderaan dan sebagainya.
Cara Daftar Sebagai Narrator di Acx.com
1. Pergi ke https://www.acx.com/ > How It Works > Narrator

2. Daftar Akaun Dengan Tekan Sign Up On ACX

3. Tekan Create Your Amazon Account

4. Isikan Semua Details Dengan Lengkap

5. Teruskan Pendaftaran Hingga Berjaya

Jika anda beminat untuk menyumbangkan suara, jadi perlu ambil pilihan narator. Jika tidak boleh ambil pilihan lain yang bersesuaian.
Seperti yang saya beritahu diawal tadi, setakat ini job sebagai narrator tak available jika anda tak ada akaun bank dan akaun cukai di USA dan UK. Rujuk FAQ:

Harapnya selepas ini ACX akan pertimbangkan untuk buka job narrator ni kepada semua orang supaya kita sama-sama dapat cari side income. Kalau anda tahu mana-mana website lain yang boleh berikan service job yang sama jangan lupakan share dengan yang lain di ruang komen.