Saya percaya ramai yang dah kenal pengeluar susu jenama tempatan Farm Fresh terutama sejak ia menjadi penaja konsert Gegar Vaganza Musim ke-6. Tapi pernah ke anda tahu siapa pemilik Farm Fresh? Kalau belum tahu, jom baca artikel ni sampai habis.
Syarikat Farm Fresh Berhad pada awalnya dikenali sebagai The Holstein Milk Company Sdn Bhd yand ditubuhkan pada 24 Mac 2010. Aktiviti utama syarikat ialah menternak dan menjual susu lembu tenusu juga membuat dan mengedar pelbagai produk tenusu dan produk berasaskan tumbuhan.
Bagaimana Farm Fresh Bermula?
Idea penubuhan Farm Fresh bermula setelah pengasasnya Loi Tuan Ee, 57 tahun merasakan beliau mampu pergi lebih jauh jika mempunyai perniagaan sendiri. Jika kebanyakan orang sudah berasa puas dan selesa bekerja dengan syarikat besar dengan gaji tahunan sebanyak RM 500,000 tapi tidak bagi Loi Tuan Ee. Dibesarkan disebuah kampung di Setiawan, Perak ibu bapanya merupakan pekebun getah dan penanam ubi kayu.
Atas rasa keinginan yang membuak-buak untuk terlibat dalam bidang pertanian, beliau sanggup meninggalkan kerjayanya dalam bidang korporat untuk memulakan perniagaan sendiri. Kebanyakan rakan beliau pada ketika itu mengatakan dia telah ‘gila’ kerana sanggup meninggalkan pekerjaan dengan gaji setengah juta setahun untuk menternak lembu.
Pada tahun 2006, beliau membeli sekitar 83 ekar tanah di Kampung Mawai, Kota Tinggi. Kawasan ladang itu mulanya merupakan sebahagian daripada hutan dan perlu memandu sejauh 20 minit untuk sampai ke jalan utama. Bayangkan betapa terpencilnya kawasan ladang itu sampai ‘line’ pun tak ada. Asalnya beliau bermula dengan menanam buah naga. Akibat daripada serangan kulat dan virus penanaman buah naga diberhentikan dan dia mula menternak ikan Arowana di atas tanah kepunyaannya di Johor.
Setelah Kota Tinggi mengalami banjir besar, sangkar ikan mengalami kerosakan dan akhirnya beliau membuat keputusan untuk menternak kambing tenusu. Cabaran memasarkan susu kambing adalah susu ini mahal dan mereka tidak dapat menghasilkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang ada. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan susu lembu.

Beliau bermula dengan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia. “Pada tahun-tahun awal, saya menghabiskan banyak masa di sini, dalam enam hari seminggu. Saya juga tinggal di ladang supaya dapat memastikan urusan ladang berjalan lancar, kata Loi Tuan Ee. Cabaran agak rumit kerana lembu tidak dapat menyesuaikan diri dengan iklim tropika di Malaysia, dan jumlah pengeluaran susu adalah rendah.
Jadi untuk memastikan mereka dapat memenuhi permintaan pasaran, Farm Fresh perlu mendapatkan bekalan susu segar daripada pengembala lembu yang lain. Daripada perkongsian Encik Azmi Zainal, COO di Farm Fresh yang juga dikenali sebagai bos susu, mereka menawarkan harga yang tinggi kepada pembekal susu segar. Harga pasaran pada ketika itu adalah RM 1.40 seliter tetapi Farm Fresh menawarkan harga sehingga RM 1.80 seliter.
Setelah lebih 10 tahun berhempas-pulas membangunkan perniagaan sendiri, keputusan beliau ternyata tepat kerana Farm Fresh kini merupakan antara jenama susu popular di Malaysia. Terkini Farm Fresh mempunyai 5 ladang ternakan iaitu di dan telah mengeksport produk mereka ke Singapura dan Brunei. Ia juga bakal membuka pasaran di Filipina dan Indonesia.
Siapa Pemilik Farm Fresh Yang Sebenar?
Awal tahun 2021, kecoh seketika di media sosial mengenai siapa pemilik sebenar Farm Fresh setelah kempen Buy Muslim First BMF (Beli Produk Muslim) mula mendapat sokongan orang ramai. Isu ini hangat diperkatakan setelah muncul status di Facebook oleh Alif Ahmad III untuk menunjukkan siapa pemilik Farm Fresh.
Ramai antara kita lebih mengenali Encik Azmi Zainal a.k.a Boss Susu kerana beliau lebih kehadapan dalam menjalankan aktiviti pemasaran syarikat. Beliau juga memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh. Mungkin sebab itu orang ramai mempunyai tanggapan produk Farm Fresh merupakan produk buatan Muslim.
Tetapi sebenarnya pengasas dan pemilik Farm Fresh adalah Loi Tuan Ee. Mereka berdua sudah kenal lama dan menjalankan projek bersama jadi Loi Tuan Ee mengajak Azmi Zainal untuk bekerja bersama membangunkan syarikat.
Melalui status yang ditulis oleh Aliff, Farmfresh Milk Sdn. Bhd. mempunyai 2 orang pengarah yang mengawal syarikat iaitu adik- beradik Loi. Nama mereka adalah Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin. Syarikat tersebut dimilik 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd.
Farmfresh pula dimiliki 100% oleh The Holstein Milk manakala senarai pengarahnya ialah :
1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Azmi bin Zainal (Baru jumpa)
4. Amran Hafiz
5. Ganesh Kumar
6. Tan Chow Yin (VC Singapore)
7. Tan Mek Shwen
The Holstein Milk dimilik oleh :
1. Rainforest Capital 46.7%
2. Agrifood Resource 30% (2/4/2020)
3. Farmchoice Food 23.3%
4. Loi Tuan Ee 1%
5. Loi Tuan Kin 1%
Perlu diketahui, pengarah adalah lantikan dari shareholder, Azmi Zainal bukan dalam senarai shareholder dalam The Holstein Milk Company. Manakala adik beradik Loi ialah shareholder dan director.
Yang jelas disini, adik beradik Loi dan VC dari Singapore memegang tampuk majoriti. Khazanah pula baru sahaja masuk tahun lepas (2020) sebanyak 30%.
Latar Belakang Loi Tuan Ee
Loi Tuan Ee, 58 tahun, merupakan Non-Independent Executive Director,Group Managing Director, Group Chief Executive Officer dan salah seorang pengasas bersama Kumpulan Farm Fresh. Beliau telah dilantik menganggotai ahli Lembaga Pengarah syarikat pada 24 Mac 2010 dan mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam industri tenusu.
Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar, Sitiawan, Perak untuk pendidikan menengahnya sehingga 1980. Loi Tuan Ee memulakan kerjayanya dengan Ayer Hitam Oil Mill Sdn Bhd sebagai penyelia pada tahun 1982.
Beliau kemudiannya menyertai Kartika Machinery Sdn Bhd pada tahun 1984 sebagai wakil jualan dan terlibat dalam penjualan dan pemasaran produk industri. Beliau meninggalkan Kartika Machinery Sdn Bhd untuk menubuhkan Ready Chemical (M) Sdn Bhd dan Multiview Enterprise Sdn Bhd pada tahun 1984, syarikat yang kebanyakannya terlibat dalam penjualan produk penjagaan rumah dan penjualan pembungkusan.
Pada tahun 1991, beliau menyertai Century Bond Berhad sebagai pengarah sebelum dilantik semula sebagai Timbalan Pengarah Urusan pada tahun 2002 di mana beliau berada bertanggungjawab untuk, antara lain, membangunkan dan mengurus rancangan strategik untuk
kumpulan. Pada tahun 2005, beliau meninggalkan Century Bond Berhad untuk menceburi bidang perniagaan pertanian melalui penubuhan Rainforest Capital di mana beliau menjadi Pengurus Pengarah.
Pada 2010, beliau mengasaskan The Holstein Milk Company Sdn Bhd dan pernah memainkan peranan penting dalam mengembangkan operasi Kumpulan kami dalam perniagaan tenusu hingga sekarang. Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Farm Fresh, beliau bertanggungjawab dalam pembangunan perniagaan dan hala tuju, perancangan korporat strategik dan keseluruhan operasi serta pengurusan syarikat.
Di bawah pimpinan Loi Tuan Ee, Farm Fresh telah dianugerahkan “Ladang Tenusu Terbaik” oleh Asia Livestock pada 2015 dan pada 2020, juga Anugerah Perniagaan ASEAN Inclusive.
Cara Semak Siapa Pemilik Syarikat Yang Tersenarai Di Bursa Malaysia
Bagi para pelabur saham, jika anda perlukan maklumat mengenai pemilikan syarikat ia boleh diperolehi dalam prospektus yang boleh didapati di website Suruhanjaya Sekuriti.
Bagi syarikat yang bakal IPO contohnya Farm Fresh yang bakal tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2022, syarikat perlu mengemukakan segala maklumat penting seperti maklumat pentadbiran syarikat, maklumat kewangan dan pelan jangka masa panjang untuk dinilai oleh bakal pelabur.
Jadi kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai sesbuah syarikat, boleh rujuk prospektus mereka. Jika dilihat melalui dokumen dibawah, pemegang saham terbesar syarikat adalah atas nama individu Loi Tuan Ee selaku founder dan Group CEO syarikat dan juga Loi Foon Kion selaku Non-Independent Non-Executive Director. Selebihnya milik syarikat proksi, Khazanah dan Kementerian Kewangan.
Penjelasan Oleh Azmi Zainal Mengenai Pegangan Saham Yang Kecil
Meyedari isu pegangan saham menjadi bualan ramai, Tuan Azmi telah membuat penjelasan di laman Facebook. Pada beliau, tak perlu besarkan isu Farm Fresh ini milik siapa tetapi bagaimana program Home Dealer dapat bantu ramai mereka yang berpendapatan rendah untuk menjana income tambahan dengan menjual produk susu Farm Fresh.
Sekarang anda dah tahu siapa pemilik Farm Fresh sebenar. Saya secara peribadi masih akan menyokong jenama tempatan walaupun ia bukan milik orang Islam. Jika anda mempunyai pendapat lain, boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk pengetahuan, sekarang anda juga boleh menjadi sebahagian daripada pemilik Farm Fresh dengan cara membeli saham syarikat yang bakal IPO pada tahun 2022.
Untuk membeli IPO Farm Fresh, kena pastikan anda dah ada akaun CDS dan akaun trading jenis direct serta modal yang mencukupi. Nak mohon akaun CDS? Boleh hubungi admin di Telegram. Nak tahu macam mana cara untuk mohon IPO? Baca: Cara Beli IPO Guna CIMBClicks