Bagi mereka yang dah lama dalam trading saham, mesti pernah dengar perkataan pump and dump. Atau mungkin anda pernah terbeli dan tersangkut di pucuk? Kalau ada, kongsikan kisah anda untuk pengajaran bagi rakan-rakan trader yang lain.
Tujuan saya berkongsi mengenai topik ini untuk memberi pendedahan kepada trader baru agar lebih berhati-hati dalam memilih kaunter.
Tulip Mania – Pump And Dump Pertama Sekitar Tahun 1630
Aktiviti pump and dump ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Seawal tahun 1630 lagi sudah wujud apabila berlakunya Tulip Mania. Bagi yang nak tahu lebih lanjut mengenai kisah ini, boleh teruskan bacaan Tulip Mania – Fenomena Market Bubble

Cuba anda perhatikan bentuk chart diatas. Bukankah sama coraknya dengan kaunter pump and dump yang lain?
Apa itu Pump And Dump?
Aktiviti pump and dump merujuk kepada istilah dalam pasaran saham yang berlaku apabila terdapat usaha daripada golongan individu atau sekumpulan orang berkepentingan yang cuba untuk menaikkan harga aset yang dimiliki mereka sebelum harga aset tersebut mengalami penurunan nilai yang sangat drastik.
Kalau nak tengok macam mana aktiviti pump and dump ini dilakukan, boleh tonton filem Hollywood berkaitan seperti Boiler Room dan The Wolf of Wall Street.
Dengan wujudnya media sosial, blog dan forum aktiviti pump and dump jadi lebih mudah. Dalang skim tersebut akan memperoleh dan mengumpul saham pada harga yang lebih rendah sebelum menyebarkan sentimen positif mengenai syarikat-syarikat tersebut, dengan hasrat untuk menarik minat terhadap saham tersebut untuk menaikkan harganya.
Apabila pelabur yang tidak curiga membeli saham itu, ia memberi peluang kepada dalang tersebut menjual saham mereka dengan meraih keuntungan. Para pelabur yang telah membeli saham pada harga yang melambung akan mengalami kerugian apabila gembar gembur tersebut reda.
Contoh Chart Pump And Dump Yang Lepas (Bursa Malaysia)
Dibawah ini merupakan antara contoh chart yang kemungkinan besar terlibat dalam pump and dump kerana ia mempunyai pattern yang hampir sama.
Harga mula menaik tanpa retracement yang jelas kemudian ia akan turun sehingga ke paras asal sebelum berlakunya kenaikan.
#1: GCAP

#2: AGES
#3: WIDAD
#4: SEM
#5: COMCORP
#6: DATAPRP
Contoh Chart Pump And Dump Yang Lepas (Pasaran Global)
Kaunter saham di pasaran luar Malaysia juga tak terlepas daripada aktiviti pump and dump. Contohnya kaunter saham Upstart yang tersenarai di Nasdaq. Ia mula rally sejak Ogos 2021 hingga Oktober 2021 kemudian jatuh semula ke paras terendah.
#1: UPSTART (Nasdaq)
Apa yang lebih menarik adalah pernah ada video temuramah antara CNBC dengan trader tersohor di US iaitu Mark Minervini.
Dalam sesi temuramah singkat rancangan Power Lunch yang disiarkan oleh CNBC bersama pengacaranya Tyler Mathisen, terdapat 4 kaunter yang dibeli oleh Minervini dan salah satunya adalah Upstart.
Ketika sesi temuramah ini diadakan, Minervini mencatatkan keuntungan sebanyak 25% sejak pembelian 4 hari yang lepas. Menurut beliau lagi, syarikat ini mencatatkan earnings yang kukuh dan patut diberi perhatian untuk jangka masa panjang.
Ironinya, selang beberapa hari selepas temuramah tersebut, harga saham Upstart mula mengalami penurunan. Ketika harga kemuncaknya pada Oktober 2021, ia mencatatkan harga tertinggi $389 dan kini harganya hanya sekitar $18
#2: ASANA (Nyse)
Pump And Dump Dalam Pasaran Kripto
Selain daripada saham, aset berkaitan kripto juga tidak terkecuali. Tetapi dalam dunia kripto, ia dikenali sebagai rug pull. Apa sekalipun term yang digunakan, ia tetap merujuk kepada perkara yang sama.
Modus operandi hampir sama dalam dunia saham. Asasnya coin developer akan cuba untuk create ‘hype’ dalam pasaran agar dapat menarik perhatian pembeli sekaligus menyebabkan kenaikan harga coin.

Sampai suatu tahap apabila harga sudah terlampau tinggi, mula ada masalah timbul dan akhirnya coin turun menjunam. Saya tak dapat huraikan dengan lebih mendalam kerana saya tidak mahir dalam bidang kripto.
Tetapi saya ada jumpa satu video di Youtube yang ada menerangkan mengenai rug pull.
Apa Nak Buat Kalau Jumpa Kaunter Pump And Dump?
Melalui pemerhatian, aktiviti pump and dump dalam saham tak dapat disekat. Justeru sebagai pelabur dan pedagang, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu dan berhati-hati dengan pilihan kaunter saham.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti ciri-ciri kaunter yang kemungkinan besar terlibat dalam pump and dump. Jika anda jumpa dengan kaunter yang mempunyai ciri-ciri ini apa yang perlu dilakukan?
Sama ada elakkan terus atau jika nak masuk pun, pastikan anda tak tersekat dipuncak. Cabaran terbesar adalah untuk time the market. Macam mana kita nak tahu ketika harga dah tinggi sama ada ia boleh naik lagi atau ia akan terus terjun tiruk?