Bagi yang dibuang kerja, jangan sedih-sedih. Anda boleh dapatkan kursus MS Office selama 5 hari secara percuma jika ada caruman SIP PERKESO. Sijil dan elaun akan diberikan kepada yang berjaya menamatkan kursus hingga habis.
Sebelum tu sedikit informasi mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO. Pekerja yang hilang pekerjaan dan cukup mencarum minimum 11 bulan, layak untuk menuntut faedah penuh SIP.
6 Faedah Yang Boleh Dituntut Dibawah SIP PERKESO
- Fi/Yuran Latihan (FL)
Pekerja boleh mengikuti latihan kemahiran yang disyorkan oleh bahagian Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO. Yuran ini akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan tersebut. - Elaun Latihan (EL)
Merupakan insentif kewangan kepada peserta yang menghadiri latihan bagi menggalakaan mereka menghadiri semua sesi latihan. - Program Penempatan Pekerjaan Semula
Bantuan mencari pekerjaan, khidmat kaunseling, temuduga, latihan dan sokongan pekerjaan berterusan. - Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Elaun kewanagn bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal & sedang mencari pekerjaan. - Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan & kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan. - Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal.
Permohonan Kursus MS Office Secara Online di Website PERKESO
Bagi memudahkan proses mencari semula kerja untuk mereka yang telah diberhentikan sebelum ini, kursus latihan vokasional diadakan untuk menambah kemahiran para pekerja.
Kursus Microsoft Office ini hanya LAYAK untuk mereka yang dibuang kerja , ada caruman EIS PERKESO dan sudah mendaftar di Portal Sistem Insurans Pekerja (SIP) PERKESO. Jika belum mendaftar, ikut langkah-langkah dibawah ini dulu:
Baca: Cara Daftar Sistem Insurans (SIP) PERKESO
Selepas berjaya mendaftar SIP dan pemohonan diluluskan, anda akan terima satu slip ringkas yang mempunyai kata laluan untuk log in ke portal. Simpan resit ini kerana maklumat kata laluan akan digunakan kemudian.

Langkah 1: Pergi ke Portal Sistem Pekerjaan PERKESO

Bagi yang dah mendaftar boleh teruskan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti yang ditulis dalam slip sebelum ini.
Langkah 2: Pastikan Status Permohonan SIP Telah Diluluskan dan Terima Surat Permohonan Faedah SIP
Peringatan Penting: PERKESO hanya akan luluskan permohonan kursus jika status permohonan anda telah diluluskan. Jika status permohonan masih dalam tindakan, anda perlu follow up dengan pegawai PERKESO untuk mereka luluskan status.
Setelah itu, barulah proceed ke Langkah 3 dan setersunya.


Langkah 3: PERMOHONAN LATIHAN > Latihan

Untuk memohon kursus, anda perlu lengkapkan borang permohonan latihan, lengkapkan ujian psikometrik, pilih kursus Microsoft Office dan sahkan maklumat untuk mengikuti kursus kemudian hantar borang secara online. Tekan butang SETUJU
Langkah 4: Skrol kebawah dan tick ☑️di ruang berkenaan kemudian klik SETUJU

Langkah 5: Isi semua maklumat dengan lengkap dan jawab soalan Ujian Psikometrik

Langkah 6: Klik ‘Pilih Kursus‘

Langkah 7: Taip Microsoft Office dan pilih Armels Academy

Langkah 8: Hantar borang dan tunggu surat jaminan (letter of authorization) daripada PERKESO di e-mel

Langkah 9: Anda akan dihubungi oleh pihak Armels Academy
Kursus ini akan dijalankan secara online selama 5 hari menggunakan Zoom. Kelas bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Pihak Armels Academy akan hubungi anda melalui Whatsapp untuk beritahu mengenai tarikh kelas dan masukkan anda dalam Whatsapp group khas.

Bila anda join kursus ini, anda akan dapat ilmu baru juga elaun latihan dan sijil. Sijil kemahiran ini nanti boleh dilampirkan sekali dalam resume sewaktu nak mohon kerja baru.

Antara peserta Kursus MS Office anjuran Armels Academy pada batch yang lepas. Mereka tak perlu buat sebarang bayaran kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO khas untuk mereka yang telah dibuang kerja. Anda juga layak untuk mohon jike memenuhi syarat-syarat permohonan.
Berita baik lagi selain daripada dapat tambah ilmu dan skil baru, anda juga akan diberi elaun kedatangan kursus. Elaun ini boleh dituntut setelah anda berjaya menamatkan kursus sehingga habis. Pihak PERKESO akan menghubungi anda melalui e-mel untuk menerangkan mengenai prosedur tuntutan.

berminat dalam kursus MS Office melalui EIS socso portal
Shalila boleh mesej saya di Telegram https://t.me/komunitisaham