Sebelum ni dalam 3 tahun yang lepas saya pernah menulis mengenai artikel yang bertajuk “Kenali Franchisee Disebalik Family Mart” di majalahlabur.com. Dari awal saya menulis sampai sekarang banyak komen yang ditinggalkan bertanya mengenai berapa modal buka Family Mart dan bagaimana cara nak mohon untuk jadi franchisee.

Fakta Ringkas Mengenai Family Mart
Untuk makluman, FamilyMart Co., Ltd berpangkalan di Jepun menjalankan perniagaan convenience store chains. Ia bermula pada tahun 1981 dengan pembukaan Okinawa FamilyMart Co., Ltd. Pada penghujung tahun 1981, syarikat mula disenaraikan di Tokyo Stock Exchange.
Memandangakan perniagaan ini mendapat sambutan yang hangat, selain di Jepun kedai Family Mart juga ada di negara China, Taiwan, South Korea, Thailand dan Malaysia. Untuka pengetahuan anda, Family Mart merupakan kedai serbaneka kedua terbesar, di belakang 7- Eleven
Cawangan Family Mart di Malaysia di uruskan oleh anak syarikat QL Resources Bhd iaitu Maxincome Resources Sdn Bhd. Mereka dah sign agreement dengan FamilyMart Co. Ltd (Jepun) untuk menjadi master franchisee Family Mart di Malaysia untuk tempoh 20 tahun. Kalau anda nak tahu, syarikat QL Resources ini turut tersenarai di Bursa Malaysia.
Cawangan pertama Family Mart di Malaysia dibuka pada 11 November 2016 di Wisma Lim Foo Yong di Bukit Bintang. Viral sangat masa mereka baru masuk Malaysia terutama produk soft serve ice cream dan oden. Kedai pula sentiasa penuh sampai tak rasa kesejukan air-cond.
Modal Buka Family Mart
Mungkin atas faktor tu ramai yang berminat nak keluarkan modal untuk buka Family Mart dikawasan masing-masing.
Ramai juga yang bertanya berapa kos yang diperlukan untuk jadi franchisee dan macam mana cara nak mohon. Dukacita dimaklumkan, buat masa ni Family Mart tak buka franchise kepada orang ramai.
Ini berdasarkan beberapa maklumat yang saya dapati hasil daripada pencarian di internet.
Jadi dapat disimpulkan disini bahawa orang awam belum dapat buka franchise Family Mart buat masa ini dan saya tiada maklumat berapa anggaran modal yang diperlukan untuk menjadi franchisee. Saya telah mengantar e-mel kepada pihak Family Mart Malaysia tapi tiada jawapan.

Contoh-Contoh Bisnes Franchise Yang Dibuka Kepada Umum
Mungkin ada yang berasa hampa setelah mendapat tahu maklumat yang Family Mart tak dibuka untuk franchise. Jangan sedih-sedih. Ada banyak lagi jenama lain yang anda boleh mohon jika benar-benar serius nak mula berniaga dengan sistem franchise.
Pilihan perniagaan sangat luas baik dalam bidang makanan, agensi pelancongan, pakaian, atau pembelajaran. Antaranya seperti Chatime, Coolblog, Little Caliphs, Q-dees, Senheng dan banyak lagi.

Dapatkan Info Mengenai Bisnes Franchise di MFA
Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai jenis perniagaan yang menawarkan franchising di Malaysia kepada orang awam, boleh pergi ke website Malaysian Franchise Association. Ia merupakan sebuah badan yang ditubuhkan pada 1994 untuk menyokong usaha kerajaan bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan melalui franchising.
MFA bertindak sebagai sebuah organisasi yang menyediakan maklumat bagi kedua-dua pihak franchisor dan franchisee serta media dan orang awam untuk mendapatkan maklumat berkenaan franchising di Malaysia. Bagi yang berminat untuk mencari informasi lanjut boleh dapatkan franchise directory di link ini.
Saya senaraikan juga beberapa jenis perniagaan yang terkenal beserta modal permulaan yang diperlukan untuk buka bisnes franchise masing-masing.
- Tealive. (Modal permulaan = RM 250,000)
- Gong Cha. (Modal permulaan = RM 300,000)
- MarryBrown. (Modal permulaan = RM 800,000 – 1,000,000)
- Kyros Kebab. (Modal permulaan = RM 120,000 – RM 285,000)
- Daily Fresh. (Modal permulaan = RM 85,000 – RM 120,000)
- 7 Eleven. (Modal permulaan = RM 250,000)
- OldTown White Coffe. (Modal permulaan = RM 700,00 – RM 1,000,000)
- Q-dees. (Modal permulaan = RM 100,000)
- Smart Reader Kids. (Modal permulaan = RM 40,000 – 50,000)
- Vincci. (Modal permulaan = RM 400,000)
Maklumat ini sebenarnya saya dapatkan di website entrepreneurcampfire.com Penulis telah bantu untuk menyusun lebih 60 jenama yang popular dalam bisnes franchise.
Harapnya sekarang persoalan anda tentang berapa modal yang diperlukan untuk membuka franchise Family Mart dan macam mana cara nak buka di kawasan berhampiran dah terjawab. Jangn sedih, walaupun tak ada peluang untuk menjadi owner bisnes Family Mart Malaysia secara langsung, anda masih boleh beli saham QL Resources di Bursa Malaysia.
Jadi Sebahagian Daripada Pemilik Family Mart Dengan Beli Saham QL Resources
Pernah dengar orang kata saham adalah perniagaan? Apa maksudnya tu? Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham, disebut harga di pasaran saham.
Memandangkan sekarang ni orang perseorangan tak boleh nak buka kedai Family Mart kerana dah ada syarkat lain yang dapat lesen master franchise di Malaysia, anda masih lagi boleh jadi sebahagian daripada owner FM dengan cara membeli saham pemilik perniagaan FM iaitu QL Resources.
Setakat artikel ini ditulis, saham QL adalah patuh syariah. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk beli saham. Apa kata anda cuba buat kajian saham dari sudut Fundamental dan Teknikal untuk lihat sama ada berbaloi atau tidak untuk beli saham QL Resources ni.
Jom kita tengok berapa harga seunit saham QL Resources beserta weekly chart untuk tempoh 5 tahun. Jika dilihat trend semasa ketika ini (18 Nov 2021) harga telah pecah MA 200
Bagaimana pula dengan prestasi kewangan syarikat? Jika dilihat rekod dari tahun 2013 QL Resources mengalami peningkatan jualan dan keuntungan setiap tahun.
Nak mula beli saham QL Resources? Pastikan ada akaun CDS terlebih dahulu. Syarat buka akaun anda mestilah berumur 18 tahun keatas, tidak muflis. Bayaran caj buka akaun sebanyak RM 11
Baca: Cara Buka Akaun CDS
Boleh tak saya nak tahu modal franchise meat cartel
Saya cuba dapatkan info lanjut dulu. Kalau dapat nanti saya akan update disini.
Boleh tak saya nak tahu modal franchise BubbleBee please.
Thank you ☺️
Aritu penah tanya ..pa shuib kot yg jwb balas mgs sy, dia kata modal dlm 250k – 300k
I want to know for open family mart modal
Ini komen dari rakan terdekat saya.
memang family mart buka franchise?
Tak buka kepada orang awam. Anak syarikat QL yang uruskan buka cawangan Family Mart kat Malaysia
Assalamualaikum aunty anne ada buat franchise x dan brp modal
Aunty Anne Malaysia dah ada syarikat yang pegang lesen master franchise – Chrisna Jenio Sdn Bhd. Contact syarikat ni untuk tanya kalau diorang ada offer sub-franchise untuk orang lain buka Aunty Ane kat Malaysia. Pakai contact form ni: http://www.auntieannes.com.my/contactus.html
Just nak find out family mart dah open utk franchise ke.? Kalau dah open bg mana hubungi?
Family Mart tak open kepada public
Boleh saya tahu model untuk buka franchise bubble bee . Mcm mana untuk contact ye
Untuk Bubble Bee saya tak tahu. Sesiapa yang ada info boleh share sini
Kwn sy slh sorg partner bubble bee di sentul one maxim.. Dia ckp almost a million
1Million utk bubble bee. sy msg dgn achey. sbb dulu satu sekolah dgn dia..
Nak tanya how much modal if nak bukak franchise family mart and how to contact them ?
Dalah half a million ringgit. Buat masa ni tak buka pada public sebab dah ada syarikat yang dapat lesen untuk buka Family Mart kat Malaysia
Assalammualaikum. Maaf bertnaya. Jika saya berminat membuka salah satu francise, macamana saya nak berhubung untuk langkah seterusnya ye?
Maklumbalas amat dihargai, Terima kasih.
Boleh pergi website Malaysia Franchise Association
Hi nak tanya CU Mart Malaysia ada buma franchise tak? Kalau ada berapa modal nak buka?
Saya tak pasti tentang CU Mart
Hi..sy nak tanya..berapa modal untuk buka franchise bubblebee shuib
Nak tanya macam mana nak buka franchise johny’s , best ke if buka franchise
Hi, nak tanya kalau eco-shop dan speedmart ada francise tak?
Saya nak tohu utk franchise family Mart,bole bagi info ke.
Zeezan- 0199530947
mereka tak open utk public. ada dalam artikel.
Nasib baik ada yang baca artikel saya. Penat kadang-kadang jadi penulis ni. Dah bagitau dah informasi awal-awal tapi orang malas nak baca terus tanya soalan
Saya pun rasa pelik 😂😂😂😂
Hi..sy nak tanya..berapa modal untuk buka franchise bubblebee shuib….thank you
Kalau modal.hnya ada rm10K, francais apa yg boleh saya buka ?
Ayam goreng muiz sahaja. Dalam rm8k
Nak tanya kfry ad buka franchise tak?
Assalamualaikum.
Hi Nadeyya.
Would you mind sharing more info about any franchise that related to cat foods supplies such as hills, Royal canin, felix and other brands too. I also interested to know if there’s any franchise open for public from farm fresh products. Thank you and have a great days ahead to you.
I need to do some research first. For cat foods related I don’t seem to have more information on that. If I can get more details I will share about it on my next blog post later
Hi, nk tanya berapa modal utk buka franchise zus coffee ye?
Hi saya tak nak tahu cara nk buka tapi saya nak tahu mcm mana nk suggest kt pihak familymart untuk buka cawangan mereka di kawasan rumah saya ya? Penat betul nk kne berebut kat satu kawasan je padahal rumah saya di kawasan bandar 🥲
hi boleh sy tau modal untuk buka franchise 99 speedmart? TQ
99 speedmart xada yang open tuk franchise
99 speedmart xada yang open tuk franchise dorang just have own je
Hi nak tanya mcm mana nk bukak stesen minyak. Tq
Salam..tau tak cara nak buka zus.coffee and modal dia berapa..terima kasih
Hi . Ada info tak macam mana nak bagi offer lot untuk McD buka cawangan dikawasan tersebut.Sy ada personal lot untuk disewakan di hotspot Melaka .Any suggestion.Tq in advance ☺️
Salam.. Ada sape2 tau modal utk buka cawangan CU MART? Atau siapa2 ada idea utk bisnes modal 200-300k..