Bagi usahawan startup yang sudah biasa melalukan pitching idea perniagaan mesti dah tahu tentang kepentingan pitchdeck. Ia akan digunakaan ketika pembentangan sama ada kepada angel investors, venture-capital firm atau mana-mana badan yang menawarkan dana perniagaan.
Jika anda masih tercari-cari cara bagaimana untuk hasilkan pitch deck yang dapat menarik perhatian pelabur, saya akan kongsikan sebentar lagi template yang telah terbukti memberi pulangan dana di seed funding round.
Kegunaan Pitchdeck Dan Cara Menghasilkannya
Pitchdeck merangkumi beberapa slide ringkas yang menjelaskan mengenai perniagaan yang anda jalankan.
Antara konten yang perlu ada dalam pitchdeck adalah produk ataupun servis yang anda jalankan, bagaimana produk atau pun servis anda dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna, potensi pasaran, sasaran pelanggan, pesaing, strategi pemasaran, business model dan lain-lain lagi.
Tujuan pitchdeck dibuat selalunya untuk menarik pelabur luar agar membiayai startup usahawan. Selain itu, pitch deck juga boleh digunakan jika founder sedan mencari team member yang lain untuk meyakinkan mereka menjadi co-founder.
Pitch deck Template Free Oleh TheLorry.com
Template ini sebenarnya dikongsikan oleh Nadhir Ashafiq pada tahun 2018 di Facebook beliau. Pitch deck ini digunakan pada tahun 2015 iaitu ketika thelorry.com masih baru dalam industri startup dan sedang mencari seed funding bagi beliau memulakan perniagaan.
























Diatas ini terdapat 25 slide keseluruhan yang boleh dijadikan panduan untuk anda menghasilkan pitchdeck sendiri. Jika dilihat daripada website thelorry.com sendiri, terdapat lebih 10 pelabur yang telah bersama menyuntik dana bagi membangunkan syarikat ini.

Angel investor dan venture capital adalah antara pilihan lain yang usahawan startup boleh pertimbangkan untuk mendapatkan dana perniagaan selain daripada pinjaman bank. Kalau anda seorang usahawan yang merancang untuk kembangkan bisnes dan explore capital market seterusnya nak IPO kan syarikat anda di Bursa Malaysia, hubungi saya melalui Telegram.
Jika anda mahu belajar bagaimana cara untuk menghasilkan pitch deck yang dapat menawan hati juri bagi memenangi geran perniagaan oleh kerajaan, dapatkan e-book Panduan Menyediakan Winning Pitch Deck.

Kredit asal: Nadhir Ashafiq
1 thought on “Pitch Deck Template Free By TheLorry.com”