Saya tunjukkan cara-cara untuk buka platform MPlus Online Menggunakan Google Chrome kerana bermula Jun 2022 akan datang, Microsoft akan menamatkan perkhidmatan web browser Internet Explorer (IE) selepas 25 tahun kewujudan. Ya, takkan ada dah IE lepas ni. Ia akan digantikan dengan Microsoft Edge.
Bagi trader dan investor yang buka akaun trading dengan MPlus mesti dah terbiasa log in platform menggunakan IE sebab ia satu-satunya web browser yang support full features setakat ni. Kalau nak buka platform MPlus pakai Mozilla Firefox, The Edge, masih boleh cuma entah kenapa ada je features yang tak support.
Contoh perbandingan layout dibawah jika buka features “Technical Analysis” menggunakan IE (gambar pertama) dan Google Chrome (gambar kedua). Ia menunjukkan layout chart yang mempunyai features yang berbeza. Dalam gambar kedua, chart layout menggunakan platform Tradingview.


Penyelesaian kepada isu teknikal ini adalah dengan install IE Tab Extension di Google Chrome anda. Ada juga yang bagitahu pada saya untuk gunakan The Edge, iaitu pengganti kepada IE. Tapi setakat ni bila saya cuba kadang-kadang masih ada features yang ‘lari’. Lepas cuba kedua-dua cara, saya dapati guna Google Chrome web browser lebih stabil.
Cara Buka Platform MPlus Online Menggunakan Google Chrome
#1: Buka Google Chrome dan Search “IE Tab Extension”
Ambil pilihan pertama seperti dalam kotak merah. Klik dan pilih untuk install

#2 Klik ‘Add to Chrome’

#3 Klik ‘Add extension’

#4 Klik ikon seperti di No 1 dan kemudian ikon di No 2 untuk add to pin

#5: Run Set Up dengan Klik Ikon “Gear Setting”
Sebelum buka website Mplus online, run set up terlebih dahulu untuk masukkan url link mplus dengan cara klik ikon di gear setting

#6: Langkah Copy Paste URL MPlus dan Pilih Tetapan IE Paling Latest


URL Mplus: https://www.mplusonline.com.my/macsecos/index.asp
#Langkah 7: Bookmark URL MPlus
Untuk memudahkan aktiviti log in selepas ini, jangan lupa untuk bookmark url Mplus di muka depan Chrome.

Sekarang anda dah boleh gunakan website MPlus seperti biasa menggunakan Google Chrome. Setting ini juga applicable untuk pengguna trading platform daripada broker yang lain seperti Maybank Investment, Bank Islam Investment, Public Investment Bank dan lain-lain lagi seperti dalam gambar dibawah boleh menggunakan cara yang saya dah terangkan tadi.
Ini kerana kesemua platform diatas dibangunkan oleh syarikat yang sama iaitu Excel Force MSC Berhad (EFORCE). Ia merupakan sebuah syarikat berasaskan teknologi maklumat yang membangunkan system berasaskan web untuk melaksanakan aktiviti beli dan jual saham yang menghubungkan antara pelabur dan syarikat stockbroking.
Untuk pengetahuan anda, syarikat EFORCE juga tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. Ia termasuk dalam sektor Teknologi dan merupakan saham yang mempunya status patuh syariah (setakat 18 Julain 2021).
Nak tahu macam mana cara untuk buka akaun CDS dan akaun trading MPlus untuk mula beli saham di Bursa Malaysia? Baca: Cara Buka Akaun CDS