Viral topik Ayam Panggang Baker’s Cottage baru-baru ni bila ada netizen yang tertanya-tanya macam mana cara mereka boleh tawarkan ayam panggang pada harga yang murah dan sedap. Harganya jauh lebih rendah daripada jenama lain seperti Ayamas, Kenny Rogers dan Chicken Rice Shop.
Kalau anda pernah cuba ayam panggang Baker’s Cottage sebelum ni dan terfikir soalan yang sama macam mana diorang boleh offer harga yang macam tak balik modal, sebenarnya Baker’s Cottage merupakan anak syarikat kepada Leong Hup International Berhad (LHI) sebuah syarikat yang menternak ayam, pengeluar telur dan makanan ternakan. Ia kini beroperasi di Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Sejarah Syarikat Baker’s Cottage
The Baker’s Cottage (TBC) telah ditubuhkan pada tahun 1994. Perniagaan utama TBC adalah dalam pengeluaran roti, pastri, kek, biskut, kuih bulan dan doh sejuk beku (frozen dough). Asalnya TBC lebih dikenali sebagai kedai kafe dan bakeri.
Namun pada tahun 2019 syarikat menjalankan penstrukturan semula dengan menyediakan quick service restaurants (qsr) atau perkhidmatan restoran segera untuk menyediakan persekitaran makan yang moden dan selesa untuk pengguna.
Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, TBC mengalami kerugian selama 4 tahun berturut sejak tahun kewangan berakhir 2015 dengan kerugian terkumpul sebanyak RM27.15 juta pada 31 Dis 2018. (Sumber: Focus Malaysia)
Pada Jun 2020 barulah LHI menawarkan untuk membeli dan mengambil alih TBC pada harga RM17.94 juta. Hasil pengambil alihan tersebut menunjukkan perkembangan positif bagi TBC. Sebelum pengambilalihan, terdapat 44 cawangan.
Sasaran meluaskan rangkaian The Baker’s Cottage kepada sejumlah 80 cawangan menjelang akhir 2020 tercapai lebih awal daripada jangkaan memandangkan cawangan ke-80 yang terletak di Johan Setia, Klang, Selangor secara rasminya membuka pintu kepada orang ramai pada 16 September 2020.
Walaupun negara dilanda pandemik pada tahun 2020, TBC berjaya mencapai matlamat untuk membuka cawangan yang ke-100 dengan pembukaan outlet baru di Sitiawan, Perak pada 11 Januari 2021.
Kenapa Harga Ayam Panggang Baker’s Cottage Murah?
Seperti yang saya telah beritahu tadi, Baker’s Cottage dimiliki oleh Leong Hup yang merupakan antara pemilik ladang ayam terbesar di Malaysia. Jadi TBC boleh dapatkan bekalan ayam mentah secara terus daripada ladang ternakan milik syarikat induk mereka iaitu LHI.
Antara sebab utama kenapa LHI nak ambil alih TBC pada Jun tahun lepas adalah untuk membina The Baker’s Cottage menjadi jenama QSR setanding dengan jenama besar lain dan juga untuk mengetengahkan model perniagaan berlandaskan konsep “Farm-to-Plate” atau vertical integration dalam industri pemakanan di rantau Asia.
Bagi yang belum tahu apa itu vertical integration merupakan salah satu strategi mengembangkan bisnes dimana syarikat memiliki atau mengawal pembekal, pengedar atau lokasi runcit untuk mengawal rantaian bekalannya (supply chain).
Melalui vertical integration, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti membolehkan syarikat mengawal proses, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan pengurusan.
Walaubagaimanapun, strategi ini mempunyai beberapa kelemahan kerana ia memerlukan modal permulaan yang besar. Selain itu vertical integration jika tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan syarikat menjadi terlalu besar seterusnya mengganggu keseluruhan proses supply chain.
Jika dilihat dalam gambar rajah dibawah yang diambil di website LHI, perniagaan yang dijalankan oleh syarikat induk meliputi beberapa aktiviti perniagaan dalam sektor berkaitan dimana bermula dengan industri makanan ternak, telur ayam, ternakan ayam.
Kemudian hasil ternakan ayam dipasarkan kepada jenama seperti Ayam A1, SunnyGold, SAFA, Ciki Wiki dan Sobat. Produk keluaran ayam syarikat juga dibekalkan kepada anak syarikat mereka iaitu The Baker’s Cottage.
Selain itu juga, dengan menawarkan harga ayam panggang murah ia sebenarnya merupakan salah satu strategi dalam perniagaan yang dipanggil loss leader strategy di mana produk dijual pada harga di bawah kos pasaran untuk merangsang jualan barangan lain atau perkhidmatan yang lebih menguntungkan.
Strategi yang sama digunakan oleh pasaraya dimana mereka menawarkan harga ayam mentah atau ikan segar pada harga murah untuk menarik orang ramai masuk ke pasaraya. Bila dah masuk, anda takkan beli barang yang harga promosi saja pasti akan terbeli juga barang-barang yang lain.
Boleh Beli Ke Saham Baker’s Cottage?
Memandangkan Baker’s Cottage merupakan anak syarikat kepada Leong Hup International Berhad (LHI) yang tersenarai di Bursa Malaysia, anda boleh beli saham LHI ni jika ada akaun CDS, akaun trading dan modal yang mencukupi. Tapi maaf untuk yang beragama Islam, setelah semakan setakat 23 Nov 2021 kaunter LHI ini tidak patuh syariah.
Kalau anda berminat untuk beli saham lain yang patuh syariah seperti Nestle, Tenaga atau Petronas sebaiknya mula dengan mencari ilmu dahulu.
Ini kerana setiap pelaburan mempunyai risiko. Keluarkan sedikit modal untuk membaca buku berkaitan pelaburan atau pergi ke kelas.
Berani Labur Atau Lebur adalah e-book yang sesuai yang saya boleh cadangkan untuk anda yang baru nak berjinak dalam bidang pelaburan.
Dapatkan pakej combo e-book ini beserta dengan video temuramah bersama 16 orang pakar dalam pelbagai bidang pelaburan seperti hartanah, saham dan homestay pada harga RM 68 RM 49 sahaja!
Saya nak e-book Berani Labur Atau Lebur & Video Temuramah Bersama Pakar Pelaburan di Malaysia