Sejak Januari 2021 hingga Ogos 2021, dah ada 12 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Dengar kata ada lagi 11 syarikat yang sahamnya akan ditawarkan kepada orang awam melalui Initial Public Offering (IPO) sebelum akhir tahun ini. Jom tengok saham IPO 2021 yang anda boleh start mohon tak lama lagi.
Saham yang beri hasil pulangan paling tinggi setakat ni adalah Pekat dan Mobilia. Masing -masing dengan pulangan sebanyak 131.25% dan 117.39% (sehingga 6 Ogos 2021) Ada juga yang mengalami kerugian. Contohnya seperti Haily, Yenher dan TJSetia.

Ini Senarai 5 Saham IPO 2021
Nak tahu apa agaknya syarikat-syarikat tersebut? Saya compile kan nama syarikat dan details lanjut dalam artikel ni.
#1 CEKD BERHAD
CEKD Berhad merupakan sebuah syarikat investment holding dan mempunyai 3 anak syarikat yang lain iaitu Sharp DCM, Focuswin dan Hotstar. Perniagaan utama mereka adalah berasaskan pembuatan die-cutting mould (alat pemotong acuan) dan turut menjual barang alat dan aksesori berkaitan die-cutting mould itu sendiri.
Penerangan ringkas bagi yang tak tahu apa itu die-cutting, ia bermaksud potongan mengikut bentuk yang dikehendaki pada material tertentu seperti kertas, kotak, leather, kayu, besi, plastik dan sebagainya. Ini contoh acuan yag dibuat oleh CEKD Berhad untuk menghasilkan pelbagai jenis design.
Jumlah Total Unit Saham IPO: 50, 590, 000 unit
Bank Penasihat: M&A Securities
Sumber Prospektus: Suruhanjaya Sekuriti
#2 ECOMATE HOLDING BERHAD
Ecomate adalah sebuah syarikat pengeluar dan pengeksport perabot pasang-siap yang dibuat menggunakan chip board juga MDF board. Ibupejabat syarikat Ecomate terletak di Kawasan Perindustrian Bakri, Muar Johor. Barang-barang perabot yang mereka hasilkan antaranya termasuk perabot berkaitan ruang tamu, perabot untuk bilik tidur dan ruang makan.
Jumlah Total Unit Saham IPO: 8, 500, 000 unit
Bank Penasihat: M&A Securities
Sumber Prospektus: Suruhanjaya Sekuriti
#3 KEYFIELD INTERNATIONAL BERHAD
Syarikat ini terlibat dalam penyewaan Perahu Kerja Penginapan (“Accomodation Work Boat”) dan penyediaan perkhidmatan onboard yang berkaitan, seperti perkhidmatan penginapan, katering, housekeeping, dobi dan perkhidmatan sokongan berkaitan perubatan.
Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan AWB oleh Keyfield kebanyakannya adalah syarikat yang terlibat dalam industri operasi upstream oil and gas di Malaysia. Mereka mempunyai 3 buah kapal iaitu Laguna Setia 1, Laguna Setia 2 dan Keyfield Falcon.
Antara klien yang pernah menggunakan perkhidmatan Keyfield termasuk PETRONAS, CARIMIN, DAYANG, DIALOG, SAPURA ENERGY dan banyak lagi.
Jumlah Total Unit Saham IPO: 89, 480, 000 unit
Bank Penasihat: RHB Investment
Sumber Prospektus: Suruhanjaya Sekuriti
#4 ORGABIO HOLDINGS BERHAD
Orgabio merupakan sebuah syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) yang ditubuhkan untuk memudahkan penyenaraian anak syarikat mereka di Bursa ACE Market. Dibawah Orgabio Holdings, terdapat empat anak syarikat lain iaitu Orgabio Manufacturing, Orgapharma Herbal, Orgapharma Marketing dan Everyday F&B
Orgabio Holdings terlibat dalam penyediaan pembuatan minuman segera pra-campuran kepada pemilik dan pengeluar jenama minuman third party, juga penjualan dan pemasaran house brand minuman pra-campuran segera.
Bagi yang tak tahu apa maksud house brand, ia merujuk kepada private label atau jenama sendiri yang dikeluarkan oleh pasaraya besar bagi memebri pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga berpatutan.
Contoh produk house brand yang dihasilkan oleh Orgabio Holdings seperti GIANT Kopi Pra-Campur 3 Dalam 1 dan TESCO Hazelnut White Coffee.
Jumlah Total Unit Saham IPO: 96, 668, 000 unit
Bank Penasihat: M&A Securities
Sumber Prospektus: Suruhanjaya Sekuriti
#5 SIAB HOLDINGS BERHAD
Perniagaan utama Siab Holdings adalah dalam bidang perkhidmatan pembinaan bangunan. Selain itu mereka juga terlibat dalam perkhidmatan ICT Solutions. Antara projek pembinaan mereka termasuk bangunan perindustrian, pasaraya hypermarket, bangunan pejabat, hotel, kondominium dan service apartment.
Siab Holdings mempunyai 4 buah anak syarikat iaitu Siab Constuction, Siab Development, Siab Engineering dan Siab Network Solutions. Antara projek yang dibangunkan oleh syarikat ini adalah Quayside Mall Kota Kemuning, Chambers Residence Kuala Lumpur, Kanvas Cyberjaya dan Impression Uthant Kuala Lumpur.
Jumlah Total Unit Saham IPO: 122, 409, 000 unit
Bank Penasihat: M&A Securities
Sumber Prospektus: Suruhanjaya Sekuriti
Dah ready nak mohon IPO yang saya dah senaraikan diatas? Pastikan anda ada modal yang mencukupi dan dah ada akaun CDS jenis direct. Ini kerana akaun jenis direct saja yang boleh digunakan untuk apply IPO. Kalau korang tak sure akaun CDS tu jenis direct atau nominee boleh refer dengan remisier atau dealer representative masing-masing.
Bagi yang belum ada akaun CDS dan nak mohon secara online, boleh apply melalui saya secara online. Syarat-syarat untuk buka akaun mestilah berumur 18 tahun dan keatas, tidak muflis. Bukan warganegara juga boleh mohon tapi anda wajib ada akaun simpanan dengan mana-mana bank di Malaysia. Bayaran untuk buka akaun adalah RM 11. Jika berminat untuk mohon, isikan details anda di borang ini.
Nak tahu macam mana cara untuk mohon IPO? Saya ada sediakan panduan tutorial bergambar Cara Beli IPO Guna Public Bank Online Banking.