Bila anda dengar orang sebut saham MITI online tu sebenarnya merujuk kepada Initial Public Offering (IPO) atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Tawaran Awam Permulaan. Bagi yang masih tak tahu apa itu IPO, baca dulu mengenai IPO Bursa Malaysia.
Peruntukan Saham Khas Bumiputera ini dibuka hanya untuk pemohon Bumiputera sahaja dan proses permohonan ini diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).Untuk pengetahuan anda, peruntukan saham ini terlebih dahulu diumumkan sebelum dibuka untuk cabutan awam melalui IPO.
Sebagai contoh, pada 31 Mei 2021 hingga 4 Jun 2021 MITI telah buka permohonan untuk saham khas Bumiputera bagi syarikat CEKD Berhad melalui sistem saham online dan dokumen berkaitan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 18 Jun 2021. Untuk permohonan IPO CEKD Berhad melalui online banking pula hanya dibuka pada 6 Sep 2021 hingga 17 Sep 2021.
Rujuk notis dibawah untuk notis tawaran IPO yang dibuka melalui MITI dan bank pelaburan.


Apa perbezaan antara saham IPO yang ditawarkan oleh MITI dan Bank Pelaburan?
Masa mula-mula belajar tentang saham dulu saya bertanyakan soalan yang sama sebab masih blur-blur lagi tentang IPO. Nasib ada orang yang sudi tolong terangkan. Jadi sekarang saya kongsikan dengan anda pula. Sebenarnya anda masih lagi mohon saham syarikat yang sama, pada harga yang sama. Yang membezakan ialah bagaimana cara anda mohon dan tahap kerenyahan proses permohonan tu.
Sebagai contoh, apabila anda memohon saham khas Bumiputera melalui MITI, peruntukan lebih baik kerana anda bersaing antara bangsa Bumiputera sahaja. Kalau tak ramai yang mohon (undersubsribe) maka peluang untuk lulus permohonan sangat cerah. Tapi kalau permohonan terlebih langgan (oversubscribe) maka kena lalui proses cabutan (balloting) juga.
Dari sudut proses permohonan, saham MITI Online lebih renyah keranas selepas membuat proses permohonan secara online, para pelabur dikehendaki untuk mencetak borang permohonan langganan saham dan menyertakan beberapa dokumen sokongan yang lain.
Kesemua dokumen ini perlu dihantar secara serahan tangan (di dalam Kotak Biru yang berada di Lobi Aras 1, Menara MITI) atau pos sahaja ke Menara MITI. (Prosedur penuh beserta alamat saya akan terangkan selepas ini). Penghantaran dokumen melalui e-mel dan faks tidak diterima sama sekali.
Berbanding dengan permohonan IPO melalui bank pelaburan, jika anda buat permohonan melalui eipo di online banking, ataupun permohonan di mesin ATM, ia tak memerlukan dokumen sokongan. Akan tetapi persaingan sangat tinggi kerana ramai yang sudah mula ada ilmu mengenai pelaburan saham melalui IPO.
Syarat Kelayakan Permohonan
Seperti yang diberitahu, saham ini khas hanya untuk Bumiputera. Pelabur boleh buat permohonan melalui 3 kategori iaitu sama ada melalui individu, syarikat, ataupun koperasi/yayasan. Untuk panduan kali ini, saya fokus kepada permohonan jenis individu. Syarat kelayakan untuk memohon seperti yang tertera di website MITI adalah:
- Warganegara Malaysia
- Status Bangsa Bumiputera
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sekurang- kurangnya RM1,000
**Nota: Pelajar adalah tidak layak memohon.
Jika anda memenuhi semua syarat yang dinyatakan diatas, langkah seterusnya adalah mendaftar akaun di sahamonline.miti.gov.my terlebih dahulu. Ini untuk mereka yang baru pertama kali nak buat permohonan. Jika anda telah mendaftar, boleh skip langkah ini.
Cara Daftar Akaun Pertama Kali di sahamonline.miti.gov.my
- Pergi ke website pilih pelabur jenis individu dan tekan butang “Daftar”
- Isikan semua maklumat dengan lengkap dan tekan butang “Hantar”
Langkah-Langkah Mohon Saham MITI Online
- Semak notis daripada MITI untuk tahu apa IPO terbaru yang dibuka untuk permohonan pada ketika itu. Untuk saham khas Bumiputera, cara permohonannya berbeza daripada permohonan melalui online banking. Melalui MITI anda perlu buat permohonan dulu melalui online.Tempoh permohonan selalunya dalam seminggu. Selepas permohonan online, dalam masa seminggu lagi borang permohonan beserta supporting dokumen perlu dihantar semula kepada MITI melalui serahan tangan ataupun pos. Faks dan e-mel tidak dibenarkan sama sekali. Jika pada masa itu tidak ada permohonan IPO yang ditawarkan notis di website seperti berikut:
Tetapi jika ada IPO baru yang ditawarkan, website akan menunjukkan notis seperti dibawah: - Log In websiteSetelah log in, pilih syarikat yang anda berminat nak mohon dan tekan “Pohon”. Untuk kajian kes kali ini, saya berikan contoh untuk permohonan IPO Orgabio Holdings Berhad.
- Masukkan bilangan unit saham IPO yang anda nak mohon dan tekan butang “Hantar”
- Print borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Senarai checklist seperti berikut:
- Borang permohonan beserta dokumen sokongan lain dalam bentuk hardcopy perlu dibuat secara serahan tangan ke dalam “Kotak Biru” yang disediakan di Lobi Aras 1, Menara MITI. Borang juga boleh diserahkan melalui pos ke alamat berikut:
Pengarah,
Bahagian AKI & Seranta,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri,
Aras 15, Menara MITI,
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala LumpurKotak Biru yang disediakan untuk anda drop borang permohonan Alamat MITI untuk pos dokumen - Pastikan borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lain dihantar SEBELUM tarikh akhir yang telah ditetapkan. Anda kena tahu untuk permohonan saham khas Bumiputera ada dua tarikh deadline. Satu, tarikh akhir untuk mohon secara online di website MITI. Yang kedua, tarikh akhir untuk hantar semula borang permohonan dan dokumen fizikal. Tarikh ini boleh didapati di notis yang dikeluarkan oleh MITI.
- Setelah selesai semua, anda akan dihubungi oleh pihak MITI untuk diberitahu sama ada layak atau tidak permohonan IPO tersebut dan berapa unit yang anda berjaya dapat (jika layak)
Diharapkan perkongsian saya yang tak seberapa ni dapat tambahkan sedikit sebanyak pengetahuan anda mengenai saham berkaitan IPO terutamanya. Sebelum buat apa-apa permohonan sekalipun, pastikan anda buat kajian dulu mengenai sesuatu saham tu. Untuk kes syarikat yang bakal IPO, kajian boleh dibuat dengan cara membaca prospektus mereka.
Kalau ada yang nak belajar, saya kongsikan nanti tentang bagaimana cara nak baca prospektus syarikat. Bagi yang belum ada akaun CDS dan nak mohon supaya anda boleh turut sama beli saham MITI online, boleh mesej saya di Telegram.