Geran Khas Prihatin merupakan bantuan yang diberikan kepada pemilik syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ia mula diperkenalkan sejak tahun 2020 dan sehingga Julai 2021 sudah masuk fasa GKP 4.0. Kepada yang dah mohon, jom semak Geran Khas Prihatin anda lulus atau tidak.
Sebenarnya sebelum ini pada tahun 2018 saya pernah ada mendaftar SSM tapi sijil dah lama expired dan tak pernah renew. Jadi GKP 1.0 dan GKP 2.0 memang saya tak pernah mohon dan tak layak mohon sebab SSM tak aktif. Tapi bulan April 2021 yang lepas saya terfikir kenapa tak keluarkan sikit modal untuk aktifkan je semula SSM. Lagipun saya terfikir untuk mula aktif buat perniagaan affiliate marketing untuk jual produk digital berkaitan saham sebelum ni.
Selepas saya buat survey, caj renew sijil berbeza mengikut tahun. Kalau ikut pakej yang saya ambil ni lagi lama tempoh lesen, lebih rendah kos setahun. Saya decide untuk ambil pakej 3 tahun. Tempoh proses dalam 3 hari bekerja untuk dapatkan renewal SSM yang baru. Jika anda berminat untuk mendapatkan servis renew SSM, hubungi kami di Telegram.
Untuk permohonan baru GKP 4.0 yang telah diumumkan dibawah Pakej PEMULIH akan dibuka melalui 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini. Pastikan anda dah ada SSM sebelum mula mendaftar bantuan.
Langkah – Langkah Untuk Semak Geran Khas Prihatin
#1 Pergi ke website gkp.hasil.gov.my
Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang untuk mula semakan status. Kemudian isikan ruang captcha dan tekan butang ‘Semak’
#2 Masukkan Frasa Keselamatan Dan Pilih Soalan
Anda kena pilih total sehingga 5 soalan frasa keselamatan beserta jawapan. Pastikan anda ingat betul-betul soalan yang ditanya kerana ia akan digunakan nanti jika anda tersalah masuk password.
#3 Semak Semua Soalan Keselamatan Untuk Pengesahan
#4 Pendaftaran Berjaya. Log In ke Portal Untuk Lihat Keputusan Permohonan
#5 Setelah Berjaya Mendaftar, Log Masuk Website Untuk SemakanĀ
Masukkan ID Pengguna iaitu nombor kad pengenalan anda beserta password yang telah ditetapkan ketika awal pendaftaran tadi.
#6 Keputusan Permohonan Akan Ditunjukkan Sama Ada Berjaya Atau Tidak
Untuk permohonan yang telah saya buat pada bulan 4 yang lepas, setakat ini saya sudah terima 2 kali bayaran dengan nilai keseluruhan bantuan RM 1500. Untuk GKP 4.0, bayaran seterusnya akan dibuat kepada pemohon yang layak sebanyak RM 500 (September 2021) dan tambahan RM 500 lagi (November 2021).
Jika anda nak mohon untuk GKP seterusnya, masih belum terlambat. Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Julai 2021. Segala pertanyaan boleh rujuk kepada Soalan Lazim yang telah disediakan disini. Selain daripada bantuan Geran Khas Prihatin, jika anda mencari bantuan geran perniagaan yang lain boleh juga rujuk Geran Perniagaan Untuk Usahawan.