Orang ramai dah anggap rumah itu satu kewajiban bukan lagi keperluan. Disebabkan harga rumah dah makin mahal, mereka mula mencari pilihan lain antaranya adalah membeli rumah lelong. Tapi persoalannya mana nak dapatkan senarai rumah lelong tu?
Sesuatu rumah atau hartanah itu akan dilelong oleh pihak bank apabila peminjam mempunyai masalah untuk membayar semula bayaran ansuran pinjaman bulanan.
Melalui berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 4 Oktober 2021 jumlah hartanah yang dilelong meningkat sehingga 40% susulan daripada pandemik Covid-19.
Semakin ramai pemilik rumah yang terjejas pendapatan sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjelaskan tunggakan pinjaman kepada pihak bank.
Jadi suka untuk saya ingatkan kepada yang membaca blog ini agar tidak terburu-buru untuk membeli rumah hanya kerana melihat rakan-rakan seusia dah mula beli rumah sendiri.
Keadaan kewangan kita berbeza. Mungkin keadaan kewangan mereka dah stabil dan mereka mampu untuk menanggung bayaran ansuran bulanan rumah terbabit. Jika kita masih belum mampu, tak salah untuk menyewa dahulu.
Tapi bagi mereka yang betul-betul mampu dan faham mengenai pembelian hartanah, rumah lelong dianggap satu sebagai satu lubuk untuk mendapatkan hartanah pada harga yang lebih rendah.
Perkara Wajib Tahu Tentang Rumah Lelong
Jadi bagi mereka yang berminat untuk beli rumah lelong, ambil tahu tentang perkara asas ini dulu. Di akhir artikel saya ada kongsikan cara untuk dapatkan senarai rumah lelong.
#1 Jenis Lelongan Hartanah
Lelongan hartanah akan berbeza mengikut jenis-jenis geran rumah tersebut.
2 jenis lelongan itu adalah:
- Loan Agreement Cum Assignment (LACA) atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Lelongan Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak
- Non-Loan Agreement Cum Assignment (Non-LACA) atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Lelongan Perjanjian Bukan Pinjaman Dan Serah Hak
Loan Agreemenet Cum Assignment (LACA)
Untuk lelongan jenis LACA, ia dilakukan oleh bank untuk hartanah yang belum ada geran hak milik individu atau strata.
Untuk lelongan jenis ini, jumlah deposit yang perlu diserahkan kepada pelelong biasanya 5% daripada harga hartanah.
Jika lelongan tidak berjaya mendapatkan pembeli, akan ada lelongan berikutnya, di mana harga rizab untuk setiap lelongan berikutnya akan berkurangan sebanyak 10% daripada harga sebelumnya.
Baki belian perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari selepas bidaan telah berjaya ke atas hartanah LACA.
Non- Loan Agreement Cum Assignment (Non-LACA)
Lelongan jenis non-LACA dijalankan melalui Mahkamah Tinggi untuk hartanah yang mempunyai hak milik individu atau strata.
Kebiasannya rumah lelong yang dijalankan melalui Mahkamah Tinggi adalah untuk rumah yang mempunyai geran negeri. Geran negeri merujuk kepada tanah yang diberi milik selama-lamanya (freehold).
Jika tiada pembida yang berjaya untuk hartanah non-LACA, lelongan susulan boleh diadakan kira-kira enam bulan kemudian.
Sama seperti lelongan LACA, harga rizab untuk setiap lelongan berikutnya adalah 10% lebih rendah daripada harga sebelumnya.
Berbeza daripada lelongan LACA, baki belian hartanah non-LACA boleh diselesaikan dalam masa 120 hari selepas pembelian.
Mana Nak Dapat Senarai Rumah Lelong?
Diatas tadi saya dah terangkan sedikit sebanyak mengenai apa itu rumah lelong dan jenis-jenisnya.
Sekarang saya akan kongsikan pula kat mana nak dapatkan senarai rumah lelong yang ada.
Untuk lelongan jenis LACA, anda boleh cari di website pelelong. Ada beberapa syarikat pelelong berlesen yang menyediakan servis lelong hartanah antaranya adalah:
Bagi lelongan jenis non-LACA pula, seperti yang disebutkan diatas tadi ia dijalankan melalui Mahkamah Tinggi.
Ada beberapa cara untuk tahu mengenai aktiviti lelong yang akan dibuat. Antaranya melalui
- Papan Notis Bahagian Pelaksanaan Mahkamah Tinggi disetiap negeri.
- Iklan di surat khabar
- Website e-lelong
Selain itu, bagi hartanah yang berdaftar sebagai geran mukim, anda boleh cari senarai rumah lelong di Pejabat Tanah.
Selalunya mereka akan beritahu melalui:
- Papan Notis Pejabat Tanah daerah masing-masing
- Laman media sosial seperti Facebook atau Twitter Pejabat Tanah
- Iklan surat khabar

Untuk yang berminat untuk beli rumah lelong pertama anda sendiri, dapatkan panduan A-Z cara lakukan online e-bidding rumah lelong.
Buku panduan ni memang betul-betul bermanfaat untuk newbies rumah lelong.
Selain itu anda juga bakal dapat e-book Mudahnya Beli Rumah Lelong dan Real Case Study oleh pakar yang berpengalaman dan pernah menang bidaan beratus rumah lelong sebelum ini.
Dapatkan Pakej Kombo E-book Rumah Lelong ini pada harga RM 59
Beli disini.
Artikel berkaitan: Cara Beli Rumah Lelong